DIVERGENCE & HIDDEN DIVERGENCE

Indicator oscillator mempunyai satu kelebihan berbanding katagori indicator yang lain seperti trend indicator dan volatiliti indicator. Kelebihan ini dipangil sebagai divergence.

Anda akan lihat apa itu sebenarnya divergence, perbezaan diantara normal dan juga hidden divergence, macam mana anda boleh gunakannya dalam trading untuk tahu bahawa pergerakan trend sudah jadi makin melemah dan perubahan arah akan berlaku.


Pengambilan Utama

  • Divergence hanya boleh berlaku pada indicator oscillator.
  • Terdapat 2 jenis divergence, normal dan juga hidden.
  • Normal divergence adalah tanda-tanda perubahan arah trend akan berlaku, manakala hidden divergence adalah tanda-tanda continuation trend.
  • Normal divergence lebih kerap berlaku berbanding hidden divergence.

Apa Itu Divergence?

Selalunya indicator oscillator digunakan untuk ketahui bila harga telah menjadi overbought atau oversold. Tapi terdapat satu lagi cara oscillator boleh digunakan ia dipanggil sebagai divergence.

Divergence ini anda boleh anggap seperti petunjuk awal bahawa trend pasaran itu semakin melemah dan perubahan arah mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Ia berlaku apabila pergerakan oscillator dan harga adalah berbeza, dan dari perbezaan yang berlaku ini menunjukan ciri tanda-tanda kelemahan pergerakan arah trend.

Rajah Divergence dan Hidden Divergence

Terdapat 2 jenis divergence:

  1. Normal divergence
  2. Hidden divergence

Normal Divergence

Normal divergence lebih kerap berlaku berbanding hidden divergence. Normal divergence atau trader biasa panggil ia sebagai “divergence” sahaja, berlaku apabila terdapat perbezaan pergerakan diantara indicator oscillator dan juga harga pada chart.

Contoh Divergence Berlaku di RSI Indicator

Kalau anda lihat rajah di atas, saya sudah tanda perbezaan tersebut. Di indicator RSI membuat swing higher low, manakala di chart harga membuat lower low.

Ini menunjukan bahawa divergence telah berlaku, pergerakan diantara oscillator dan harga tidak selari. Ia menunjukan ciri-ciri awal bahawa pergerakan downtrend itu sudah makin melemah dan terdapat potensi untuk berlakunya perubahan arah.

Divergence Berlaku

Sebaik saja berlakunya divergence, tidak lama kemudian harga berubah arah daripada downtrend kepada uptrend. Perubahan ini dipanggil sebagai bullish divergence.

Untuk contoh bearish divergence pula mempunyai tanda-tanda yang sama, cuma situasinya diterbalikan.

Rajah di atas menunjukan bahawa berlakunya bearish divergence, dimana harga bergerak secara uptrend dan telah membuat swing higher high yang baharu.

Tetapi jika kita lihat pada oscillator dengan jelasnya kita dapat lihat ia membuat lower high, yang menunjukan bearish divergence.

Contoh RSI Bearish Divergence

Tidak lama kemudian pergerakan harga pasaran mula berubah arah daripada uptrend kepada downtrend.

Sekarang anda sudah paham apa itu divergence dan macam mana ia dapat memberi tahu kepada anda tanda-tanda awal bahawa perubahan arah mungkin akan berlaku.

Walaupun dalam contoh ini saya menggunakan indicator RSI, tapi anda tidak semestinya menggunakan RSI juga.

Divergence ini boleh dijumpai dalam mana-mana indicator oscillator yang ada di dalam platform trading MT4 seperti Stochastic, MACD, Awesome Oscillator dan banyak lagi.

Hidden Divergence

Hidden divergence adalah jenis divergence yang jarang berlaku dan juga sudah untuk dilihat, tapi apabila ia berlaku terdapat kemungkinan tinggi bahawa harga akan bergerak ke arah yang dijangkakan.

Jadi apakah perbezaan diantara normal divergence dan juga hidden divergence?

Jika divergence yang biasa menunjukan tanda awal perubahan arah trend, hidden divergence pula menunjukkan tanda-tanda bahawa arah trend tersebut masih kuat dan akan berlakunya continuation.

Sebagai contoh, jika pasaran sedang bergerak dalam uptrend dan berlakunya hidden divergence, ia menunjukkan bahawa masih terdapat kemungkinan yang tinggi pasaran akan masih bergerak ke arah uptrend.

Bullish Hidden Divergence Berlaku di MACD

Di atas menunjukan contoh hidden divergence yang berlaku pada indicator MACD.

Kalau anda lihat, pergerakan chart telah membuat swing higher low, manakala MACD histogram telah membuat lower low yang menunjukan ciri-ciri bullish continuation.

Tidak lama selepas berlakunya bullish hidden divergence, harga telah membuat pergerakan kenaikan yang kuat dan berjaya membuat higher high baru.

MACD Bearish Hidden Divergence

Contoh berlaku bearish hidden divergence, dimana harga telah membuat swing lower high, tapi MACD membuat higher high. Tidak lama kemudian harga sambung pergerakan penurunan mereka.

Seperti normal divergence, hidden divergence juga boleh berlaku pada indicator oscillator yang lain seperti RSI dan Stochastic.

RSI Bullish Hidden Divergence

Ianya akan ambil masa untuk anda melatih mata anda untuk dapat melihat hidden divergence telah berlaku. Jadi jangan risau jika anda sentiasa terlepas peluang untuk lihat berlakunya hidden divergence.

Soalan Lazim

Adakah Divergence Ini Bagus?

Divergence dapat memberi petunjuk awal kepada trader berkenaan arah pergerakan pasaran sebelum ia berlaku. Jadi divergence adalah satu kaedah yang anda tidak akan rugi dengan meletakan ia ke dalam strategi trading anda.

Indicator Apa Yang Bagus Untuk Kesan Divergence?

Mana-mana indicator oscillator boleh mengesan berlakunya divergence, tapi pada pendapat saya sendiri indicator oscillator seperti RSI dan MACD adalah antara yang terbaik untuk mengesan divergence.

Bila Hidden Divergence Biasa Berlaku?

Hidden divergence biasa berlaku apabila harga sedang bergerak ke arah trend dengan kuat.

Kesimpulan

Menggunakan divergence dalam trading strategi anda dapat memberikan prestasi yang agak bagus kerana ia dapat memberi tahu kepada kita bila pergerakan arah trend itu semakin melemah atau pasaran masih boleh lagi bergerak ke arah tersebut.

Jika anda adalah seorang trend trader, divergence amatlah penting kerana ia dapat bantu anda mengelak daripada memasuki trade ketika trend sudah jadi semakin melemah.

Walaupun divergence mempunyai ketepatan yang tinggi, tapi anda perlu sentiasa berhati-hati kerana masih terdapat situasi dimana berlakunya divergence tetapi harga tetap bergerak ke arah bertentangan dari yang dijangkakan.

Sebab itu anda masih perlu memiliki penggurusan risiko yang bagus agar anda tidak ambil risiko yang terlalu besar kerana anda yakin harga akan berubah arah hanya sebab berlakunya divergence.