DOJI

Doji berlaku apabila sesi trading tersebut tutup pada paras harga yang sama ketika ia buka atau hampir di paras harga open dan mempunyai body yang kecil atau tidak mempunyai body.

Rupa doji seperti tanda tambah (+).

Maksud doji adalah buyer dan seller sama kuat, market masih tidak dapat menentukan arah sama ada bullish atau bearish.

Tetapi doji mempunyai banyak rupa bentuk, mari lihat bentuk-bentuk doji yang lain.

Long legged doji sama seperti doji biasa cuma ia mempunyai upper dan lower shadow yang panjang dan tidak mempunyai body.

Long legged doji berlaku apabila buyer mencuba untuk menolak harga lebih tinggi tetapi pada masa yang sama seller juga cuba untuk menolak harga lebih rendah tetapi kedua-duanya gagal kerana buyer dan seller mempunyai kekuatan yang sama dan akhirnya harga tutup di paras level yang sama dimana sesi candlestick itu dibuka.

Long legged doji bermaksud market masih berlawan untuk memilih arah.

Dragonfly doji mempunyai lower shadow yang panjang dan mempunyai upper shadow yang pendek atau tidak mempunyai upper shadow, candle close dekat dengan open untuk sesi trading tersebut, rupa dragonfly lebih kurang macam huruf “T”.

Sekiranya pattern candlestick ini berlaku di downtrend market, ia menunjukkan yang market kemunkinan akan mula reverse.

Gravestone doji mempunyai upper shadow yang panjang, serta open dan close candle dekat dengan low untuk sesi trading tersebut, rupa dia sama macam dragonfly doji cuma terbalik.

Pattern ini menunjukkan signal bearish, kerana seller dapat menghalang buyer daripada menolak harga lebih tinggi.