Elliott Wave Extention & Truncation

Extention

Anda masih ingat lagi tak di Elliott Wave Rules di rule no.2 saya katakan yang wave 3 tidak boleh menjadi wave yang paling pendek antara wave 1 dan wave 5 melainkan berlakunya extention di wave 5.

Tetapi wave 3 masih tidak boleh lebih pendek berbanding wave 1, jika wave 3 lebih pendek dari wave 1 kiraan wave tersebut tidak valid.

Extention ini berlaku apabila market bergerak melebihi dari target level daripada biasa.

Kebiasaan extention ini berlaku di wave 3 tetapi dari masa kesemasa ia boleh berlaku di wave 1 atau wave 5.

Terdapat beberapa rule juga untuk wave extention.

– Extention Rule #1

Jika berlakunya extention di wave 5, wave 3 mestilah lebih panjang daripada wave 1 jika wave 3 lebih pendek daripada wave 1 kiraan wave tersebut tidak betul.

– Extention Rule #2

Jika Wave 1 berlakunya extention wave 5 hendaklah lebih pendek berbanding wave 3.

– Extention Rule #3

Sekiranya berlakunya extention di wave 3 ada 2 situasi boleh berlaku di wave 5. Satu wave 5 akan bergerak sama panjang seperti wave 1 atau situasi kedua, wave 5 boleh berlakunya truncation.

Truncation

Kadang-kadang wave 5 boleh menjadi sangat lemah dan tidak dapat bergerak melebihi daripada swing high atau low jika di downtrend wave 3.

Seperti yang saya katakan sebelum ini yang truncation ini biasanya berlaku sekiranya wave 3 berlakunya extention.

Biasanya untuk tahu berlakunya truncation apabila berlakunya extention di wave 3 serta wave 5 membuat pattern Ending Diagonal tetapi itu bukan lah satu keperluan, pattern Diagonal boleh berlaku ataupun tidak.

Truncation juga di panggil sebagai Failure.