Elliott Wave Flat Pattern

Corrective pattern Flat di lebel sebagai ABC, walaupun ianya di lebel seperti ZigZag tetapi mereka agak berbeza sedikit. Sub wave untuk pattern ZigZag adalah 5,3,5 manakala untuk Flat mempunyai sub wave 3,3,5.

Terdapat 3 jenis Flat pattern: Regular Flat, Running Flat, Expanded Flat.

1) Regular Flat Pattern

Ini adalah guidelines untuk Elliott Wave Regular Flat Pattern:

  • Wave C biasanya sama panjang seperti wave A.
  • Sub wave untuk wave C mempunyai 5 wave.
  • Kebiasaan akan retrace hingga 50% daripada pergerakan wave sebelumnya, contoh jika ianya berlaku di wave 4 jadi boleh jangkakan ia mungkin akan retrace sehingga 50% daripada pergerakan wave 3.
  • Wave B biasanya tamat hampir dengan pemulaan wave A.

2) Running Flat Pattern

Running Flat juga memiliki sub wave yang sama seperti Regular Flat 3,3,5.

Perbezaan di antara Regular Flat dan Running Flat adalah di wave B mereka. Wave B di running flat akan bergerak melebihi pemulaan wave A dan jarak wave C sama dengan jarak wave A.

Jika anda lihat gambar contoh di atas wave C akan tamat dengan membuat lower high di uptrend dan lower low di downtrend market.

Ini adalah guidelines untuk Running Flat Pattern:

  • Running Flat Mempunyai sub wave 3,3,5 seperti regular flat.
  • Wave B akan bergerak melebihi pemulaan wave A.
  • Jarak wave C biasanya 100% sama seperti wave A.

Pattern running flat antara pattern yang susah untuk tangkap ketika ia sedang dalam pembuatan kerana ia masih ada peluang untuk menjadi expanded flat dan bukannya running flat.

3) Expanded Flat

Disebabkan Expanded flat juga di dalam katagory corrective pattern yang sama seperti regular flat jadi ia juga mempunyai sub wave 3,3,5.

Seperti running flat, wave B di expanded flat juga bergerak melebihi pemulaan wave A dan wave C akan bergerak melebihi daripada pengakhiran pergerakan wave A.

Ini adalah guidelines untuk Running Flat Pattern:

  • Wave B akan bergerak melebihi pemulaan wave A.
  • Wave C akan bergerak melebihi pengakhiran wave A biasanya bergerak ke level 161.8% daripada wave A dan B.

Fakta Bonus: Regular/Running/Expanded Flat pattern biasanya berlaku di wave 4. Tetapi itu tidak bermaksud ia tidak boleh berlaku di wave yang lain.