Elliott Wave Rule & Guidelines

 


3 Cardinal Rules

Di dalam Elliott Wave terdapat 3 cardinal rule maksudnya kesemua peraturan ini perlu dipatuhi dan tidak boleh lawan.

– Rule 1

Wave 2 tidak boleh retrace melebihi pemulaan wave 1.

Sebelum ini kita tahu yang wave 2 biasanya akan retrace dalam 50% atau 61.8% atau 76.4% daripada wave 1. Tapi jika wave 2 break dimana mulanya wave 1 ianya dikira tidak valid lagi kiraan wave tersebut.

– Rule 2

Wave 3 tidak boleh menjadi wave yang paling pendek berbanding wave 1 dan wave 5, maksudnya wave 3 adalah wave yang paling kuat dan panjang dalam impulse market. Hanya melainkan berlaku extention di wave 5 atau wave 1.

Anda akan belajar lagi tentang wave extention kemudian.

– Rule 3

Wave 4 tidak boleh close di dalam kawasan wave 1. Jika wave 4 ada close di dalam kawasan wave 1 pergerakan impulse tersebut dikira tidak valid lagi, melainkan jika berlaku diagonal pattern.

Anda akan belajar lagi tentang ini apabila kita masuk ke bab Elliott Wave Chart Pattern.

Elliott Waves Guidelines

Guidelines ini adalah hanya sebagai anggaran atau panduan ianya tidak perlu sentiasa diikuti. Terdapat 5 guidelines dalam Elliott Wave.

– Guidelines 1

Wave 2 biasanya akan retrace ke 50%, 61.8% atau 76.4% daripada wave 1.

Boleh guna fibonacci retracement di pemulaan wave satu hingga ke swing high wave 1.

– Guidelines 2

Wave 3 biasanya akan bergerak sehingga 161.8% daripada pergerakan wave 1. Contoh jika wave 1 bergerak sebanyak 100 pip jadi wave 3 kemungkinan akan bergerak sebanyak 160 pip.

Boleh tarik fibonacci extention dari mula wave 1 hingga ke swing high wave 1 kemudian turun hingga ke low wave 2.

– Guidelines 3

Wave 5 kadang-kadang sama jarak dengan wave 1.

– Guidelines 4

wave 4 biasanya akan retrace hingga 23.6% atau 38.2% daripada wave 3.

– Guidelines 5

Pembentukan wave 2 dan wave 4 akan bergantian-ganti, contoh jika berlakunya simple correction di wave 2 kita boleh jangkakan wave 4 akan membuat complex correction.

Sama juga di sebaliknya, jika wave 2 membuat correction complex kita boleh jangkakan wave 4 akan menjadi simple correction.