FALLING AND RISING WEDGES

Gambar di atas menunjukkan contoh lukisan falling wedge saya yang hebat dengan menggunakan windows paint.

Wedge pattern ini berlaku apabila garisan support dan resistance makin mula rapat antara satu sama lain.

Falling Wedge

Falling wedge adalah bullish pattern dimana market membuat lower low & lower high dan line resistance lebih cerun berbanding support line.

Pattern falling wedge ini agak unik sedikit kerana pattern ini boleh jadi sebagai continuation pattern atau pun reversal pattern.

 

1) Falling wedge bullish continuation pattern

Berlaku di dalam market uptrend yang kuat kemudian market membuat retracement tetapi tidak dapat membuat lower low yang ketara.

Disebabkan market masih di dalam uptrend ini menunjukkan yang seller tiada momentum untuk terus menolak harga ke bawah dan kemudian market akan sambung pergerakkan uptrend.

2) Falling wedge bullish Reversal pattern

Pattern ini berlaku di market downtrend.

Market membuat lower low & lower high tetapi market tidak dapat membuat lower low baru yang ketara itu menunjukkan yang seller sudah hilang momentum dan price kemunkinan akan break ke atas dan berubah arah.

Rising Wedge

Sama seperti falling wedge pattern rising wedge ini juga boleh berlaku sebagai Continuation pattern atau reversal pattern.

1) Rising wedge bearish Reversal pattern

Jika rising wedge berlaku di uptrend market ini menunjukkan market reversal.

2) Rising wedge bearish Continuation pattern

Berlaku ketika downtrend market.

Market cuba untuk membuat higher high & lower high tetapi market tidak dapat membuat high baru yang ketara itu menunjukkan yang buyer semakin lemah dan kemudian market mula sambung pergerakkan asalnya.