FIBONACCI EXTENTION

Apa Itu Fibonacci Extention

Fib extention biasa digunakan untuk ketahui aras untuk ambil keuntungan atau dimana trader boleh letak aras take profit mereka. Selain digunakan sebagai tahu kawasan untuk ambil keuntungan, fibonacci extention juga dapat membantu trader untuk tahu di aras mana harga mungkin akan berubah arah.

Ia bagus untuk situasi dimana harga telah membuat swing higher high atau lower low baru dimana anda mungkin tidak nampak kawasan mana yang sesuai untuk ambil keuntungan atau untuk tahu harga boleh bergerak sampai paras harga berapa.


Pengambilan Utama

  • Fibonacci extention adalah alat untuk mengukur kemungkinan jarak harga boleh bergerak selepas pergerakan harga sebelumnya.
  • Boleh digunakan untuk tahu kawasan mana untuk ambil keuntungan dan tetapkan take profit.
  • Nombor extension yang biasa digunakan adalah 61.8%, 100% dan 161.8% kerana harga biasa akan memberi riaksi pada aras-aras ini.

Cara Guna Fibonacci Extention

Untuk pilih fib extention, anda boleh ke menu dalam katagori fibonacci dan pilih expansion di platform metatrader.

Fib Expansion Menu MT4
Extention dan expansion adalah benda yang sama.

Cara Guna Fib Extention

Langkah untuk guna fibo extention adalah seperti berikut.

Contoh Extention Di Downtrend

Katakan anda telah membuat analisa dan kenal pasti arah trend semasa adalah downtrend dan anda guna fibonacci retracement untuk kenal pasti pullback harga sebelum harga sambung semula bergerak ke arah trend.

Kemudian anda nampak harga bertahan pada aras 38.2% fib retracement dan ambil keputusan untuk membuka posisi trade sell order, kerana anda jangkakan harga akan bergerak ke arah downtrend semula.

Tapi disebabkan ini adalah aras swing lower low baru, anda tidak pasti harga boleh bergerak sampai ke tahap mana, jadi di situasi seperti ini alat fib extention dapat membantu.

Fibo Retracement Di Chart

Untuk tanda extention pada chart, anda perlu bermula dari swing high(jika downtrend) dan sambungkan titik kedua pada swing low langkah yang sama seperti anda ingin tanda fib retracement.

Tapi akan adalah satu langkah tambahan di mana anda perlu melaraskan extention anda untuk ikut paras mana harga mula berubah arah, dalam situasi ini anda akan melaraskan ikut pada aras retracement 38.2% kerana harga bertahan pada tahap ini.

Selepas anda telah buat semua itu, anda akan nampak 3 aras 61.8%, 100% dan 161.8% apa aras ini tunjuk adalah harga berpotensi untuk bergerak sampai ke aras-aras tersebut.

Anda boleh tetapkan take profit anda pada mana-mana aras tersebut kerana terdapat potensi harga akan berubah arah apabila ia sampai pada paras itu.

Contoh Extention Pada Uptrend

Fib Extension Pada Uptrend

Kita mula dengan kenal pasti kawasan mana harga bertahan, ia mungkin pada level support atau boleh juga guna fib retracement.

Fib Extension Uptrend Chart

Dalam contoh ini kita guna retracement dan harga bertahan pada paras 38.2% disebabkan kita berada pada paras harga tertinggi dan tidak tahu betapa jauh harga mungkin boleh bergerak, kita guna alat fib extention untuk tahu potensi aras perubahan harga.

Kita dapat lihat harga bertahan sekitar 61.8% berdekatan dengan 100%, jika kita ambil keuntungan pada aras ini ia mungkin dapat membuahkan hasil keuntungan yang bagus kerana tidak lama kemudian harga mula berubah arah.

Setting Fib Extention

Dalam contoh ini anda lihat kita gunakan 3 level saja 61.8%, 100% dan 161.8% tapi terdapat beberapa aras lagi yang biasa digunakan oleh trader lain seperti 200%, 238.2% dan 261.8%.

Tapi jika anda adalah intraday trader mungkin aras itu tidak beberapa penting kerana ia boleh ambil masa yang lama untuk harga sampai ke aras tersebut.

Jadi saya sarankan untuk anda fokus pada 3 aras ini:

  • 61.8%
  • 100%
  • 161.8%
Ubah Setting Fib Extension

Jika anda masih ingin gunakan aras lain anda boleh tambah level itu dengan pergi ke tetapan untuk fibonacci extention, klik sebanyak 2 kali pada fib expansion apabila anda sudah tanda di charta atau boleh saja tekan CTRL+B dan pilih expansion.

Kemudian pilih “fibo levels” dan tekan butang “Add”, masukan aras fib yang anda ingin gunakan dan tekan butang “OK”, anda akan nampak aras baru pada fibonacci extention anda.

Soalan Lazim

Apakah Perbezaan Fib Extention dan Retracement?

Fibonacci retracement digunakan untuk ketahui kawasan pullback SnR harga, manakala fib extention digunakan untuk tahu jarak harga boleh pergi. Trader biasa gunakan extention sebagai alat untuk tahu dimana untuk ambil keuntungan mereka.

Adakah Fib Expansion Ini Bagus Dalam Trading?

Expansion digunakan untuk tahu potensi jarak pergerakan harga boleh pergi, tidak seperti kebanyakan alat trading lain yang menunjukkan dimana patut anda masuk atau buka posisi trade, expansion tunjuk kawasan dimana anda patut tutup posisi trade.