FIBONACCI RETRACEMENT

Alat trading fibonacci retracement digunakan oleh forex trader untuk kenal pasti kawasan support dan resistance selepas berlakunya pergerakan arah trend dalam pasaran. Trader guna fib retracement untuk ketahui kawasan mana potensi harga pullback akan berhenti sebelum sambung bergerak ke arah trend semula.


Pengambilan Utama

  • Kegunaan fib retracement adalah untuk ketahui kawasan potensi support dan resistance.
  • Digunakan ketika pasaran trending untuk tahu area potensi harga pullback akan tamat di mana.
  • Aras 38.2%, 50.0%, dan 61.8% dikenali sebagai golden area, maksudnya harga biasa akan bertahan pada aras ini.

Contoh Rupa Alat Fibonacci
Rupa Fib Retracement Di Chart

Kebiasaannya alat retracement ini akan berikan kita 4 nisbah atau 4 aras yang perlu diperhatikan:

  • 23.6%
  • 38.2%
  • 50.0%
  • 61.8%

Tapi apa anda perlu ingat adalah aras 38.2%, 50.0% dan 61.8% dikenali sebagai golden area kerana ini adalah zon kawasan di mana harga biasanya akan kembali(pullback) sebelum pasaran sambung pergerakan trend mereka.

Setting Fib Retracement MT4

Ikon Fibo Retracement MT4

Jika anda guna MT4 sebagai platform trading, anda boleh guna shortcut di tools menu untuk ke alat retracement.

Alat Fibonacci Di Menu MT4

Sekiranya anda tidak jumpa ikon tersebut, boleh ke menu utama dan pilih fibonacci retracement.

Cara Guna Fibonacci Retracement

Ini adalah langkah-langkah cara untuk guna alat fibo retracement dalam forex trading anda:

  1. Tahu apakah arah trend semasa.
  2. Kenal pasti 2 swing pasaran.
  3. Sambungkan dua swing tersebut menggunakan alat fibonacci retracement.
  4. Tunggu untuk berlakunya pullback pada aras “golden area” fib retracement.
Satu benda anda perlu ingat adalah, di downtrend anda perlu bermula tarik level fibo retracement anda dari atas(swing high) ke bawah(swing low), untuk uptrend pula ia terbalik, dari swing low ke swing high.

Contoh Downtrend

Cara Tarik Fib Retracement
Langkah Pertama

Alat fibo retracement ini adalah alat trading yang digunakan ketika pasaran sedang bergerak dalam keadaan trending, jadi kita bermula dengan kenal pasti arah trend pasaran dahulu.

Kenali Dua Swing Harga
Langkah Kedua

Selepas kita sudah kenali arah trend pasaran apa yang perlu buat pula adalah kita perlu mengenal pasti swing harga pasaran. Dalam contoh ini, pasaran sedang berada dalam keadaan downtrend jadi kita perlu kenal pasti dahulu di mana swing high dan kemudian swing low harga yang terakhir berlaku.

Bila kita sudah kenal pasti dua titik swing pasaran tersebut, kita boleh guna alat fib retracement untuk sambungkan dua swing tersebut, kemudian kita dapat lihat level potensi resistance yang dihasilkan oleh alat retracement.

Hasil tanda Fib Retracement
Langkah Ketiga

Apa yang kita perlu buat adalah untuk tunggu harga membuat pullback pada aras golden area sebelum membuka sebarang posisi trade order.

Contoh Uptrend

Fib Retracement Di Uptrend

Anda bermula dengan kenal pasti arah trend semasa dan juga dua titik swing harga terakhir berlaku.

Kemudian tarik alat fib retracement dari bawah(swing low) ke atas(swing high) dan ia akan tunjuk kawasan potensi area support.

Dalam contoh ini pair USD/CAD, harga bertahan pada aras 50.0% retracement.

Contoh Situasi Retracement Gagal

Walaupun fibonacci retracement ini menunjukkan kawasan potensi perubahan harga selepas pullback, tapi harga tidak akan sentiasa menghormati aras-aras ini, jika ia semudah itu sudah tentu sudah ramai telah berjaya dalam trading.

Contoh Fibo Retracement Gagal

Dalam contoh ini pasaran sedang berada dalam downtrend dan kita telah kenal pasti swing harga untuk tarik level fib retracement kita.

Kalau anda lihat contoh di atas, pasti anda nampak harga seperti bertahan pada aras 50.0% dan ketika ini mestilah ramai trader akan buka posisi trade sell mereka.

Fib Retracement Gagal

Tapi apa yang berlaku adalah harga bergerak bertentangan dan terus berubah ke arah uptrend.

Situasi seperti ini biasanya berlaku apabila pergerakan trend itu sudah sampai ke penghujungnya dan kemungkinan perubahan arah pasaran akan berlaku.

Jika anda lakukan penjagaan risiko yang bagus, mungkin anda hanya akan alami kerugian yang sedikit sahaja.

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, tidak kira sehebat mana teknik analisa kita, akan ada waktu dimana harga pasti bergerak ke arah yang bertentangan dari jangkaan kita.

Sebab itu ia amat penting untuk trader amalkan penjagaan risiko dan money management yang bagus bagi megurangkan tahap kerugian mereka.

Soalan Lazim

Adakah Fibonacci Retracement Berkesan Dalam Forex Trading?

Fib Retracement adalah alat yang bagus untuk tahu dimana pullback akan tamat. Tapi ia disarankan untuk gabungkan dengan teknik analisa yang lain.

Apa Kegunaan Fib Retracement?

Fibonacci retracement digunakan untuk ketahui paras kawasan mana akan tamatnya pullback harga sebelum pasaran sambung bergerak ke arah trend.

Time Frame Mana Sesuai Nak Guna Fibonacci Retracement?

Strategi retracement biasa digunakan oleh intraday trader maka time frame yang sesuai adalah di minit 15 dan ke atas.