PENGGENALAN ASAS KEPADA FIBONACCI

Apa Itu Sebenarnya Fibinacci?

Fibinacci adalah nama panggilan seseorang, nama sebenar beliau adalah Leonardo Pisano Bigollo yang lahir pada tahun 1175, tapi orang lebih menggenali beliau sebagai fibonacci.

Siapa sebenarnya fibonacci?

Beliau adalah seorang ahli matematik yang berasal dari Itali dan fibonacci dianggap sebagai ahli matematik yang berbakat pada zaman beliau.


Pengambilan Utama

  • Nama sebenar Fibonacci adalah Leonardo Pisano Bigollo dan beliau adalah seorang ahli matematik yang berbakat.
  • Beliau mencipta sesuatu dipanggil sebagai nombor fibonacci dan daripada nombor ini terhasilnya “Golden Ratio” dan daripada golden ratio ini, terhasilnya dua alat trading yang boleh digunakan dalam forex trading iaitu fibonacci retracement dan fibonacci extention.

Fibonacci dan Forex Trading

Jadi apa kaitan fibonacci dengan forex trading sebenarnya?

Sebelum itu anda perlu paham benda asas tentang “Fibonacci Number”. Salah satu hasil kerja Leonardo Pisano yang sangat dikenali adalah dengan menjumpai sebuah kiraan urutan nombor dan memanggilnya sebagai fibonacci number.

Ianya adalah sebuah formula yang terdiri daripada gandaan dari urutan nombor bermula dari angka kosong(0), nombor kedua adalah 1 dan setiap nombor seterusnya adalah daripada hasil tambahan dua nombor yang terdahulu pada urutannya sendiri.

Urutan Kiraan Fibonacci

Ok sekarang kita kembali ke soalan asal, apakah kaitan semua ini dalam forex trading?

Terdapat alat analisa trading yang dihasilkan berdasarkan formula fibonacci, alat yang paling kerap trader gunakan adalah fibo retracement dan juga fib extention.

Kedua-dua alat ini ada di dalam platform metatrader 4. Walaupun terdapat banyak alat trading berdasarkan kiraan fibonacci tapi alat fibo extention dan fibo retracement adalah dua yang selalu diguna oleh trader.

Anda juga akan dengar trader sebut "fibo" atau "fib" ia adalah singkatan untuk fibonacci.

Golden Ratio

Anda akan biasa nampak kebanyakan alat fibonacci akan menggunakan nisbah 61.8%, 38.2%, 23.6%, dan 50.0% ini dikenali sebagai “Golden Ratio“, nombor ini tidak berasal dari angka dalam nombor fibonacci tapi ia diperoleh daripada hubungan matematik antara nombor di dalam urutan angka fibonacci.

Sebagai contoh:

  • Nisbah 61.8% datang daripada hasil bahagi nombor siri dalam nombor fib. 89/144 = 0.618.
  • Nisbah 38.2% pula adalah daripada pembahagian diantara 89/233 = 0.3819.

Tapi nisbah 50.0% tidak berasal dari angka fibonacci tapi ia dilukis juga oleh alat trading secara automatik kerana nisbah ini dilihat sebagai aras yang penting dan mempunyai potensi tinggi untuk bertahan sebagai support dan resistance dimana harga boleh berubah arah pada aras tersebut.

Kesimpulan

Alat fibonacci biasa digunakan trader untuk ketahui titik di mana perubahan arah akan berlaku dan ketepatan alat fibo seperti fib retracement agak luar biasa. Tapi ianya tidaklah begitu mudah.

Alat fibonacci ini akan menjadi lebih efektif apabila digabungkan dengan trading indicator atau teknik analisa yang lain untuk meningkatkan kepastian analisa apabila menggunakan alat fibonacci seperti retracement atau extention.