FOREX MARKET TIME

 

Waktu daganggan pasaran forex tidak sama seperti waktu pasaran saham yang hanya dibukak selama 6-7 jam sehari.

Pasaran forex dibuka selama 24 jam dari hari isnin hingga jumaat, saya tau mesti ada yang terfikir kenapa market tak bukak 24/7.

Ianya disebabkan broker tutup pada hujung minggu, broker juga tutup bila hari cuti umum, siapa tak nak cuti kan, semua orang perlukan masa berehat.

Forex market dibuka selama 20 hari setiap bulan.

Walaupun forex market dibukak selama 24 jam sehari itu tidak bermakna yang market sentiasa aktif.

Ada waktu market meriah ada waktu market hambar ataupun perlahan tidak banyak pergerakkan.

Jika anda lihat gambar ini ia menunjukkan waktu sesi market.

 

Ada 5 sesi utama dalam ekonomi dunia Sydney, Tokyo, Europe, London dan New York.

Selalunya bila di sesi London dan New York adalah masa market paling aktif.

Perbezaan time zone atau waktu siang dan malam untuk sesebuah negara juga dapat mempenggaruhi waktu market aktif.

Kebiasaannya pada hari Isnin market agak perlahan munkin disebabkan ianya hari baru mula berkerja, macam zaman skolah la jugakan bila sabtu ahad seronok bercuti bila tibanya hari isnin rasa lemah semanggat untuk pergi ke sekolah atau kerja.

Bila hari jumaat pulak market agak susah untuk dijangka sebab ia adalah hari terakhir sebelum kebanyakkan trader, hedge funds dan bank mula menutup posisi mereka dan ambil profit pada hari jumaat.

Untuk lihat live forex hour klik sini.