FOREX TERMINOLOGY

Didalam forex market ada banyak terminology ataupun istilah, saya akan senaraikan benda yang anda perlu tahu untuk beginner.

– Bid & Ask

Bid – Bid adalah kadar harga kita menjual sebuah pair mata wang.

Ask – Ask adalah kadar harga kita membeli sebuah pair mata wang.

Gambar di atas tunjuk contoh level bid dan ask di chart. 

Line berwarna pink itu adalah line ask, line warna biru halus itu adalah bid.

Untuk mudah ingat macam ini, atas adalah ask dan bawah adalah bid.

 

– Long & Short

Long dan short ini adalah bahasa yang biasa digunakan trader.

Long bermaksud buy.

Short bermaksud Sell.

Perkara yang anda biasa dengar dalam trading mesti “buy low dan sell high” atau “sell high dan buy low”.

 

– Bullish & Bearish

Apa itu bullish dan apa itu bearish?

Bullish dan bearish adalah terminology yang di gunakan oleh trader.

Bullish bermaksud yang harga menaik manakala bearish pulak bermaksud harga menurun.

Kita akan banyak menggunakan istillah ini jadi pastikan anda ingat apakah maksud ia.