GTC, GFD, OCO

– Good till cancelled

Good till cancelled order atau GTC adalah order yang anda dah letak di market dan akan kekal aktif selagi anda tidak cancel atau batalkan order tersebut secara manual.

Anda perlu berhati-hati supaya ingat tentang GTC order yang anda sudah tetapkan, sebab selagi anda tidak cancel order tersebut dia akan kekal aktif dan kemunkinan order tersebut akan diaktifkan apabila market tidak menyebelahi anda.

 

– Good for the day

Good for the day order atau GFD untuk pendekkan, adalah order yang anda tetapkan dan akan sah selama 24 jam sahaja.

katakan anda sudah set order tapi selepas 24 jam order tersebut masih tidak aktif kerana harga tidak sampai ke paras level order anda, order tersebut akan batalkan secara auto.

GFD menggikut waktu pembukaan market sehingga tamat trading session untuk hari itu.

Market forex tamat pada 5:00pm EST. Tempoh tamat GFD munkin akan berbeza bergantung kepada broker yang anda guna.

 

– One cancels the other order

One cancels the other order (OCO) adalah dengan anda set 2 entry order atau 2 stop loss order dan apabila salah satu order tersebut sudah aktif order yang lagi satu akan dibatalkan secara auto.

Contoh senario katakan anda market sedang bergerak dalam keadaan sideways atau mendatar dan anda tak tahu arah mana dia akan bergerak jadi anda boleh set OCO order dan sediakan buy entry order dan stop loss di atas sideways market dan sell entry dengan stop loss di bawah sideways market, apabila salah satu order diaktifkan order yang satu lagi akan dibatalkan.

OCO amat berguna apabila market sedang bergerak dalam keadaan sideways dan anda tidak pasti ke arah mana market akan bergerak.

Sideways market bermaksud market hanya bergerak ke sisi tidak naik atau turun, anda akan belajar lebih mendalami kemudian di bab market trend.