HAMMER & INVERTED HAMMER

Hammer adalah signal bullish yang terjadi semasa downtrend.

Lower shadow mesti sekurang-kurangnya dua kali lebih panjang dari saiz body candle.

Hammer mempunyai upper shadow yang pendek atau tidak mempunyai upper shadow langsung.

Inverted hammer sama saja seperti hammer biasa tetapi dia terbalik, nama pon inverted hammer.

Inverted hammer mempunyai badan yang kecil, upper shadow yang panjang dan lower shadow yang pendek atau tidak mempunyai lower shadow.

Upper shadow perlu dua kali lebih panjang dari saiz body candle.

Inverted hammer adalah signal bullish dan ianya berlaku dalam market downtrend.