ICHIMOKU KINKO HYO

Ichimoku Kinko Hyo adalah sebuah trend indicator, ia digunakan untuk mengukur momentum pasaran dan pada masa yang sama Ichimoku juga dapat mengesan kawasan potensi support dan resistance yang akan berlaku pada masa akan datang.

Ichimoku mempunyai pelbagai komponen yang berbeza. Lihat macam mana indicator ini berfungsi dan macam mana nak gunakan ia ke dalam tradig strategi anda.


Pengambilan Utama

  • Ichimoku Kinko Hyo adalah sebuah trend indicator yang mengukur momentum pasaran.
  • Ichimoku terdiri daripada 5 jenis komponen yang berbeza dan setiap komponen tersebut mempunyai kegunaannya tersendiri.
  • Kumo cloud dapat memberi tahu kepada trader tentang kawasan support dan resistance yang akan datang.

Kenali Indicator Ichimoku

Ichimoku Kinko Hyo dicipta oleh penulis surat khabar yang berasal dari Jepun. Tujuan beliau adalah untuk mencipta sebuah strategi trading yang lengkap dengan menggunakan satu indicator sahaja.

Pada awalnya indicator Ichimoku mungkin akan kelihatan agak memeningkan buat mereka yang kali pertama melihatnya, tapi dengan memahami setiap komponen yang terlibat dalam strategi ini anda akan dapat tangkap cara guna indicator ini.

5 Komponen Ichimoku Kinko Hyo

Rupa Indicator Ichimoku Kinko Hyo

Indicator Ichimoku terdiri daripada 5 komponen dipangil sebagai tenkan-sen, kijun-sen, senkou span A(Up Kumo), senkou span B(Down Kumo), dan chikou span.

  • Tenkan-sen. Adalah garisan berwarna ungu, ia terhasil berdasarkan purata harga paling
    tinggi dan paling rendah pada 9 sesi trading yang lepas. Ia dilihat untuk ketahui trend
    pasaran, jika garis Tenkan-sen bergerak secara menaik ia bermaksud uptrend, kalau ia
    bergerak kebawah ia bermaksud pasaran berada dalam downtrend. Sekiranya ia bergerak lurus,
    pasaran sedang mendatar.
  • Kijun-sen. Garis Kijun-sen base line, ia dikira melalui hasil purata titik tertinggi
    dan titik terendah untuk tempoh 26 sesi trading yang lepas. Kijun-sen bertindak sebagai
    untuk melihat pergerakan harga masa akan datang. Sekiranya harga berada di atas Kijun-sen
    ia bermakna bullish dan jika di bawah ia bermaksud bearish.
  • Senkou Span A. Panggilan lain untuk senkou span adalah “kumo cloud” kerana ia
    kelihatan seperti awan. Terdapat 2 jenis kumo cloud, up kumo dan kumo. Ia terhasil daripada
    hasil campuran diantara kadar purata Tenkan-sen dan Kujun-sen. Kumo cloud boleh digunakan
    untuk mengenal pasti kawasan support dan resistance yang akan datang.
  • Senkou Span B. Sama seperti sekou span A, ia juga digunakan untuk mengenal pasti kawasan
    SnR pada masa hadapan. Ia dikira dengan hasil purata daripada kadar tertinggi dan kadar
    terendah pada tempoh 52 sesi yang lepas dan hasil kiraan itu akan diletakan pada 26 tempoh
    ke hadapan.
  • Chikou Span. Chikou span dikenali juga sebagai “lagging span” kerana garis ini biasanya
    berada di 26 sesi trading di belakang sesi semasa.

Cara Guna Ichimoku Kinko Hyo

Pertama sekali kita perlu lihat jika harga sedang berada di atas atau bawah kumo cloud untuk ketahui arah trend pasaran.

Kemudian kita perlu tunggu untuk berlakunya crossover diantara tenkan-sen dan kijun-sen.

Ichimoku Buy Setup

Sebagai contoh, jika harga sedang berada di atas kumo cloud, maka kita perlu tunggu berlakunya crossover diantara tenkan-sen dan kijun-sen dari bawah ke atas untuk terima signal setup buy.

Ichimoku Sell Setup

Jika harga berada di bawah kumo cloud, jadi kita akan tunggu sehingga berlakunya crossover diantara tekan-sen dan kijun-sen dari atas ke bawah untuk menerima signal sell.

Kesimpulan

Indicator Ichimoku pada awalnya mungkin kelihatan agak menyeramkan buat trader yang masih tidak biasa melihatnya, tapi dengan memahami fungsi setiap komponen dalam indicator ini ia akan menjali lebih mudah untuk anda tahu dan paham cara untuk guna Ichimoku Kinko Hyo ke dalam analisa anda.

Walaupun indicator ini dapat memberi petunjuk yang banyak seperti momentum, arah trend dan kawasan SnR. Ia masih disarankan untuk menjaga risiko semasa trading dan amalkan pengurusan kewangan yang bagus untuk mengelak alami kerugian yang besar.