Isu Emosi Ketika Trading


Di bahagian ini kita akan bincangkan tetang jenis-jenis isu atau ganguan emosi yang biasa trader alami ketika Trading.

Takut Hilang Duit

Mungkin isu ini yang paling biasa dilalui oleh trader yang masih baru lagi dimana mereka berasa takut dengan kerugian serta risiko untuk kehilangan modal mereka.

Ianya boleh berpunca daripada trader tersebut mula dengan modal dimana mereka tidak boleh terima jika berlaku kerugian atau lagi teruk hilang modal tersebut.

Sebab itu apabila anda mahu mula trading pastikan anda bermula dengan modal yang anda selesa dan tidak akan memberi kesan yang besar kepada anda jika anda kehilangan duit tersebut.

Jumlah yang saya sarankan untuk mula adalah $100 ke $200 USD. Tapi macam mana kalau anda tidak ada modal sebenar itu?

Kalau modal anda lebih rendah daripada $100 saya sarankan untuk bermula dengan akaun micro dahulu untuk memastikan anda tidak mengambil risiko yang terlalu besar dan kehilangan duit modal tersebut.

Pada masa yang sama jika anda masih lagi berlatih di demo akaun, anda boleh juga ambil kesempatan untuk mengumpul modal ketika anda masih berlatih lagi.

Sekurang-kurangnya selepas anda sudah habis berlatih di akaun demo dan sudah rasa yakin untuk mula trade di akaun sebenar, anda sudah ada duit untuk dijadikan sebagai modal trading anda.

[adrotate group=”4″]

Takut Terhadap Market

Antara rasa takut selain dari kehilangan modal adalah rasa takut terhadap market.

Pernah tak anda lalui situasi macam ini dimana anda sudah membuat analysis dan buka posisi trade.

Selepas buka posisi trade tersebut, anda kerap melihat chart mungkin setiap beberapa minit untuk melihat perkembangan trade tersebut.

Selepas anda lihat trade tersebut dan melihat trade itu masih dalam keadaan negetive atau baru berada dalam keadaan profit yang sedikit anda mula rasa resah dan tutup posisi trade itu kerana anda fikir yang ianya ambil masa terlalu lama untuk market bergerak jadi mungkin analysis anda salah.

Tetapi tidak lama selepas anda tutup posisi trade tersebut market mula bergerak ke arah analysis jangkaan anda dan mungkin ayat kata-kata seperti “sepatutnya biar je run” atau “kalau tak tutup mesti dah profit banyak” bermain di fikiran anda.

Situasi begini berlaku disebabkan kita tidak beberapa yakin dengan strategy atau analysis kita sendiri.

Sebab itu ianya amat penting untuk kita yakin dengan analysis kita dan untuk mendapat keyakinan tersebut kita perlu lakukan backtest dan berlatih di akaun demo untuk melihat rekod prestasi trading strategy tersebut.

Kalau kita dapat lihat ketika berlatih yang strategy tersebut dapat memberikan hasil yang bagus, kita akan berasa lebih yakin apabila trade di akaun sebenar mengunakan strategy tersebut kerana kita sudah mempunyai catatan rekod.

Sebab lain kenapa rasa takut ini berlaku juga disebabkan kita terlalu kerap melihat chart.

Trading tidak perlu menjadi terlalu stress, antara salah satu kelebihan trading adalah kita tidak perlu sentiasa duduk di hadapan chart.

Kalau kita terlalu kerap melihat chart ianya mungkin akan kacau emosi kita.

Jawapan untuk masalah ini adalah dengan mengunakan cara “Set & Forget” maksudnya selepas kita sudah buka posisi trade kita dan sudah set Stop Loss(SL) dan juga Take Profit(TP) kita tidak melihat chart dan biar market buat kerjanya.

Mungkin selepas 6 ke 12 jam baru kita lihat semula hasil trade tersebut.

Cara kedua pula adalah dengan mengunakan aplikasi Blip. App ini akan mengeluarkan bunyi setiap 15 minit atau 1 jam, bergantung kepada setting kita.

Tujuannya adalah sebagai peringatan supaya kita tidak terlalu kerap melihat chart dan merosakan penilaian kita terhadap market. Selagi aplikasi tersebut tidak mengeluarkan bunyi selagi itu kita tidak perlu melihat chart.

Katakan kita trade pada chart 1 Hour, jadi kita set di app tersebut untuk berbunyi setiap 1 jam daripada kita melihat chart setiap beberapa minit.

Baca: 6 Aplikasi Yang Berguna Dalam Trading Anda.

Tamak

Ketamakan adalah punca emosi kenapa banyak trader hancurkan akaun mereka.

Market tidak menunjukkan belas kasihan kepada trader yang tamak.

Contoh ketamakan semasa berdagang:

1) Melipat ganda di trade yang rugi

Dalam dunia trader ia dipanggil sebagai “Layer”.

Maksud layer ini adalah apabila trader sudah buka posisi trade tapi posisi trade tersebut sedang berada dalam keadaan negetive, jadi mereka menambahkan lagi posisi trade mereka dengan berharap market akan bergerak ke arah jangkaan mereka dan dapat membuat keuntungan yang besar.

Ianya mungkin nampak macam bagus tetapi itu hanya “jika” market mula bergerak ke arah yang dijangkakan mereka.

Layer ini ibarat anda menambah minyak kepada api, adakah ianya satu tindakan yang bijak untuk menuang minyak dekat api?

Sudah tentu tidak betul tak, jadi kenapa kita nak tambahkan lagi posisi di trade yang sedang rugi.

Antara sebab kenapa layer ini tidak bagus lagi-lagi jika akaun anda akaun kecil sebab bila trader layer biasanya mereka akan buka posisi trade melebihi daripada apa yang patut mereka buka.

Sebagai contoh katakan akaun bermodalkan $100, anda sudah tahu yang saiz lot patut dibuka adalah 0.01 lot, tetapi bila mereka ada tambah lagi posisi di trade yang rugi, itu sudah jadi 0.02 lot, kalau mereka tambah lagi itu sudah menjadi 0.03 lot dan seterusnya.

Situasi macam ini amat bahaya kerana mereka sudah buka saiz lot yang melebihi dari apa yang sepatutnya serta telah meletakan risiko yang terlalu banyak di dalam satu trade tersebut.

[adrotate group=”2″]

Jadi sebab itu ianya tidak disarankan untuk menambah lagi posisi di trade yang sedang rugi.

Kalau trade tersebut sedang berada dalam keadaan negatif jangan tambah posisi trade, tetapi apa yang kita perlu buat adalah tahu dimana area patut kita keluar dari trade tersebut, pastikan kita ada set Stop Loss.

Stop Loss ini ibarat insurance buat trader, anda harap anda tidak perlu menggunakannya, tetapi ada baiknya anda mengetahui bahawa anda mempunyai perlindungan sekiranya anda memerlukannya.

2) Menambah posisi trade pada kedudukan yang menang

Ketamakan lain yang trader buat adalah apabila mereka menambah lagi posisi trade mereka di trade yang menang.

Sebelum ini tambah posisi trade di trade yang rugi salah, jadi kenapa menambah posisi di trade yang menang pun salah?

Ianya tidak salah sebenarnya tapi ramai trader menambah posisi trade mereka dengan cara yang salah.

Kebiasaannya bila trader tambah posisi trade, mereka hanya menekan butang Buy atau Sell apabila market bergerak ke arah analysis mereka.

Cara ini sebenarnya salah kerana market boleh berubah arah jika mereka buka posisi trade baru tersebut di penghujung sebelum market berubah arah.

Cara yang betul adalah dengan tunggu untuk market membuat retracement atau pullback dahulu ke level support dan resistance sebelum ingin menambah sebarang posisi trade.

#Fakta

Menambah posisi trade, dalam dunia trading dipanggil sebagai “Scaling In”.

3) Membuka lot besar & leverage

Sebelum ini kita sudah bincangkan tentang bahayanya membuka saiz lot yang terlalu besar dari apa modal akaun kita boleh tampung.

Kebiasaan apabila trader membuka lot besar mereka berharap untuk mendapat pulangan yang tinggi.

Walaupun terdapat potensi untuk profit yang besar, tetapi ianya tidak akan bertahan lama sebab ia hanya memerlukan beberapa trade yang rugi untuk memberikan kerugian yang besar kepada akaun kita.

Ingat untuk sentiasa buka lot saiz yang bersesuaian dengan modal akaun kita, jangan ambil risiko yang besar hanya kerana ingin mendapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek.

Anda juga perlu ingat supaya tidak menggunakan tahap leverage yang terlalu tinggi.

Sekarang ini terdapat banyak broker yang menawarkan tahap leverage yang tinggi seperti 1:500, 1:1000 ada juga yang tawarkan hingga 1:3000.

Saya sarankan untuk guna 1:100 maximum, ianya untuk menjaga diri kita daripada ambil risiko yang terlalu besar daripada apa yang kita patut.

Ego

Sikap ego mungkin telah mengkorbankan ramai trader.

Fikiran egoistik trader biasanya terjadi apabila mereka sedang mengalami kerugian tapi daripada terima kerugian tersebut mereka biar sahaja posisi trade yang rugi itu terus dibuka.

Mereka tidak ingin terima kesalahan dan kerugian tersebut lalu mereka akan pegang posisi itu terlalu lama dan apabila mereka sudah mahu tutup posisi tersebut ianya sudah terlambat, kerugian sudah menjadi terlalu besar.

Cara untuk atasi isu ini adalah dengan terima saja kerugian tersebut, kemudian terus jalan maju kehadapan dan cari peluang trade yang lain.

F.O.M.O

Maksud F.O.M.O adalah fear of missing out, maksudnya apabila trader membuka posisi trade disebabkan takut untuk ketingalan pergerakan market serta peluang untuk membuat duit.

Emosi F.O.M.O ini berlaku apabila market membuat pergerakan yang kuat secara tiba-tiba.

Ketika pergerakan tersebut sedang berlaku perkara seperti “kalau market bergerak dengan kuat macam tu mesti dia boleh naik lagi ni lagipun market buat high baru”, bermain di dalam fikiran kebanyakan trader.

Disebabkan mereka takut terlepas peluang membuat duit, mereka akan buka posisi trade dengan mengharapkan market boleh bergerak lebih jauh.

Tetapi apa yang berlaku, market mula berubah arah.

Pengajaran dia adalah kita jangan sesekali kejar pergerakan market walaupun ada peluang yang market kemungkinan akan sambung bergerak lagi ke arah tersebut, jangan kejar market langsung ikut trading SOP anda.

Anda boleh gunakan trading checklist untuk atasi masalah seperti ini.

Nak cepat

Kebanyakan trader mula trading dengan mengharapkan mereka dapat bermula dengan modal yang kecil tetapi keuntungan yang besar dalam jangka masa yang pendek.

Ianya tidak mustahil untuk situasi begitu berlaku tetapi biasanya hanya berlaku dalam 1 dalam 100, maksudnya dalam 100 trader mungkin situasi macam itu akan berlaku kepada seorang saja.

Trading ini sama saja seperti memulakan sebuah perniagaan, untuk business tersebut membesar dan berjaya ia akan ambil masa.

Tiada satu perniagaan pun dimana kita mula hari ini dan akan berjaya dalam tempoh seminggu atau sebulan.

Tetapi ianya bukan salah mereka sebab mempunyai fikiran begitu, sekarang ini sudah banyak sifu-sifu atau guru diluar sana yang mengunakan marketing seperti itu untuk menarik minat orang.

Jangan mudah tertipu dengan ayat-ayat manis atau janji bulan dan bintang mereka. Trading ini adalah satu perniagaan dan dalam perniagaan ianya akan ambil masa.

Baca: Elakan Diri Dari Menjadi Mangsa Scam Dalam Forex.

Panik

Selalunya apabila kita mahu buka posisi trade, kita biasanya akan fikirkan tentang potensi profit sahaja, tidak ramai yang fikirkan apa tindakan yang harus di ambil jika ada berlakunya kekecohan dalam market.

Market ini bergerak secara rawak, apa-apa saja boleh berlaku secara tiba-tiba di dalam market, mungkin ada keluarkan berita tergempar yang kita tidak dapat ramal.

Bila berlakunya situasi begitu kebanyakan trader tiada perancangan, ianya satu risiko yang besar lagi-lagi trader yang menggunakan system “Cut Loss”, maksudnya trader yang tidak gunakan Stop Loss tetapi tutup posisi trade secara manual.

Ada juga trader yang gunakan stop loss tetapi mereka akan mengerakan stop loss mereka lebih jauh ataupun buang stop loss mereka dengan fikir market akan bergerak ke arah analysis mereka semula.

Jangan sesekali alihkan stop loss anda kerana berfikir market akan berpusing semula.

Jika kita sudah setkan SL kita di level tersebut jangan sentuh atau ubah biarkan saja walaupun market sudah hampir dengan stop loss kita.

[adrotate group=”4″]

Tiada Kesabaran

Salah satu perkara yang susah sebagai trader adalah untuk menunggu trade setup berlaku.

Untuk membuat analysis market itu tidak makan masa yang lama tetapi untuk menunggu setup trade itu yang akan mengambil masa, kadang-kadang akan ada hari dimana tiada langsung trade setup yang berlaku.

Selagi tiada trade setup yang berlaku jangan buka sebarang posisi trade. Kita perlu bersabar untuk menunggu masa dan peluang yang sesuai muncul sebelum buka sebarang posisi trade.

Mood

Trade ketika mood yang tidak stabil sememangnya bukan satu langkah yang bijak.

Jika anda sedang berasa marah jangan trade atau mungkin anda sedang berasa sedih, sama juga jangan trade.

Kerana jika kita trade ketika emosi yang tidak stabil ia mungkin akan menjejaskan penilaian kita terhadap market.

Jika mood sedang tidak beberapa baik ketika waktu itu jangan lihat chart atau trade.

Sebab itu ianya penting untuk kita mempunyai trading checklist, ia dapat bentu kita untuk mencegah isu trade ketika emosi tidak stabil.

Tidak Berdisiplin

Untuk mencapai kejayaan kita perlu kekal disiplin.

Terlalu banyak trader yang masih tidak mempunyai SOP(standard Operating Procedure) apabila mereka trading.

Dengan mempunyai SOP atau trading plan ia dapat membantu kita untuk menjadi lebih konsistent di dalam trading.