CARA PILIH BROKER FOREX

Sekarang ini untuk membuka sebuah broker forex tidak begitu susah dan perkara ini dapat membawa kepada kelebihan dan juga kekurangan.

Kelebihan dia, trader akan mempunyai banyak jenis broker untuk dipilih.

Kekurangannya adalah, ianya mudah juga untuk individu atau kumpulan yang berniat jahat untuk membuka broker mereka tersendiri dengan niat untuk mencuri dana trader.

Macam mana nak pilih broker yang selamat dan boleh diharap?

Di bawah adalah 8 perkara yang anda perlu lihat dahulu sebelum memilih sesebuah broker.

1) Ragulasi

Perkara yang pertama sekali perlu dilihat adalah, apakah perbadanan yang meragulasi broker tersebut dan dari negara mana.

Ini kerana kebanyakan broker penipu tidak mempunyai sebarang perbadanan ragulasi kerana mereka gagal untuk memenuhi syarat kelayakan untuk menerimanya.

Tujuan pihak perbadanan ragulasi adalah untuk memastikan tingkah laku perniagaan yang adil dan beretika daripada pihak broker.

Terdapat pelbagai perbadanan ragulasi di negara yang berbeza, berikut adalah antara senarai perbadanan ragulasi berdasarkan negara:

  • Amerika Syarikat: Commodity Futures Trading Commission(CFTC).
  • Australia: Australia Securities and Investments Commission(ASIC).
  • German: The Bundesanstalt fur Finanzdienstleistungsaufsicht(BaFIN).
  • United Kingdom: Financial Conduct Authority(FCA).
  • Cyprus: Cyprus Securities and Exchange Commision(CySec).
  • British Virgin Islands(BVI): Financial Services Commission.
  • Mauritius: Financial Services Commission(FSC).
  • Malaysia: Labuan International Business and Financial Center(IBFC).
  • Indonesia: Commodities and Futures Trading Regulatory Agency(BAPPEBTI).
  • Singapore: The Monetary Authority Of Singapore(MAS).

Tetapi itu tidak bermakna semua pihak ragulasi boleh diharap, ia disarankan untuk memilih broker yang mempunyai perlesenan di negara-negara yang selamat dan mempunyai kawalan yang ketat seperti FCA, BaFIN, ASIC, dan lain-lain.

Perlesenan juga mempunyai aras atau “tier“, bermula dari tier satu yang paling kuat dan selamat, tier dua di tengah-tengah dan tier tiga adalah kurang keselamatannya kerana tier tiga ini biasanya lesen dari “off shore” dan untuk mendapat lesen dari tier tiga ini syaratnya tidak begitu ketat dan mudah untuk didapati.

2) Ulasan

Cara ini mudah saja, apa yang perlu dilakukan adalah dengan melakukan carian di google.

Contoh “review broker xyz”. Jika anda baca dan lihat ulasan daripada trader lain bahawa broker itu bagus dan jarang berlaku isu maka ia mungkin sebuah broker yang bagus. Tapi jika ramai orang memberikan ulasan buruk pada broker itu sila berhati-hati.

3) Akaun Trading

Trader juga melihat tentang maklumat berkenaan jenis-jenis akaun trading yang ditawarkan oleh broker.

Terdapat beberapa perkara yang trader perlu lihat ketika memilih akaun trading:

Jenis Akaun

Akaun jenis apa yang ditawarkan broker adakah standard akaun, micro, cent, etc.

Saya juga akan lihat jika pihak broker ada menawarkan akaun jenis islamic atau swap free, jika ada saya akan lihat apakah syarat-syarat untuk akaun islamic tersebut.

Leverage

Kemudian saya akan lihat berapakah tahap leverage yang ditawarkan oleh pihak broker.

Tapi pastikan berhati-hati ketika memilih tahap leverage pastikan ianya tidak terlalu tinggi kerana ia boleh mendatangkan risiko buat trader yang tidak tahu cara untuk guna tahap leverage dengan cermat.

Spread dan Komisyen

Apakah jarak spread yang ditawarkan oleh broker adakah ianya terlalu besar atau ianya sederhana.

Jika akaun jenis zero spread, berapakah bayaran komisyen yang dikenakan untuk setiap lot.

Deposit dan Withdraw

Yang terakhir sekali adalah kaedah deposit serta withdraw yang ditawarkan, kerana ada broker yang tidak menerima bankin online atau e-wallet sebagai kaedah pembayaran mereka.

Jadi lihat dahulu kaedah apa yang mereka guna dan adakah ianya mudah buat kita.

4) Aset

Setiap broker akan menawarkan kelas aset yang berbeza, contoh mungkin terdapat pair mata wang yang ditawarkan pada broker A tapi tidak ditawarkan oleh broker B.

Jadi pastikan anda tahu aset apa yang anda ingin berdagang dan pastikan broker yang ingin dipilih menawarkan aset tersebut.

5) Khidmat Pelanggan

Ini adalah satu benda yang penting juga untuk anda lihat ketika memilih broker agar apabila anda alami masalah pihak broker menawarkan sokongan Pelanggan yang bagus dan pantas.

Jika ianya sedikit susah untuk menghubungi pihak broker itu mungkin bermaksud broker itu tidak beberapa bagus dan tidak begitu utamakan Pelanggan mereka.

Anda patut lihat juga apakah kaedah yang ditawarkan oleh broker untuk hubungi mereka, adakah melalui email, live chat, atau telephone.

6) Trading Platform

Apabila memilih broker, pastikan anda lihat jenis platform trading yang ditawarkan.

Ini adalah antara perkara yang anda perlu fikirkan tentang platform trading:

  • Adakah ia mudah untuk diguna?
  • Berapa banyak indicator trading yang disokong?
  • Dapat lihat chart dengan mudah?

Kebanyakan broker forex akan menawarkan platform metatrader 4 sebagai platform trading mereka.

Saya juga sarankan anda memilih broker yang menawarkan metatrader sebagai platform trading, ini kerana kebanyakan trader akan gunakan platform itu maka jika anda ada masalah atau pertanyaan berkenaan platform trading, lebih mudah untuk jumpa pertolongan dan jawapan.

7) Kelajuan Server

Walaupun anda miliki kelajuan internet yang stabil dan pantas, tapi jika server broker mempunyai masalah dan perlahan ia tetap masih boleh jejaskan prestasi trading anda.

Jadi pastikan broker itu mempunyai server yang stabil dan apabila anda lakukan trading, posisi trade anda boleh dilaksana dengan pantas.

Untuk tahu prestasi server pihak broker itu, anda boleh cuba untuk buka sebuah akaun demo atau cuba buka akaun sebenar dan deposit jumlah yang kecil untuk tujuan percubaan.

8) Bonus dan Promotion

Yang ini adalah di terakhir sekali kerana ianya tidak begitu penting pada pendapat saya, tapi jika pihak broker ada menawarkannya boleh anggapkan ia sebagai satu bonus buat kita.

Tidak semua broker menawarkan sebarang bonus, tapi ada juga broker yang akan menawarkan promosi atau bonus kepada pelangan mereka.

Non-Deposit Bonus

Non deposit bonus atau NDB adalah bonus dimana pihak broker tawarkan kepada pelanggan baru.

Dengan non-deposit bonus ini anda tidak perlu deposit duit kepada broker tetapi pihak broker yang akan berikannya kepada pelangan baru mereka terus ke dalam akaun trading dalam bentuk support margin.

Anda tidak boleh keluarkan dana tersebut, tetapi profit yang anda dapat jana menggunakan bonus itu boleh dikeluarkan.

Selalunya akan ada syarat yang ditetapkan oleh broker untuk withdraw profit tersebut, anda boleh hubungi broker untuk tanya apakah syarat-syarat kelayakan untuk bonus NDB.

First Deposit Bonus

Seperti namanya, ini adalah bonus apabila anda deposit buat kali pertama ke dalam broker.

Bergantung juga kepada broker yang anda pilih, ada broker yang menawarkan 50% bonus, ada 60%, ada juga 100% yang bermaksud kalau anda deposit sebanyak $100 buat kali pertama anda akan terima bonus sebanyak $100 ke dalam akaun trading anda sebagai support margin.

Recurring Deposit Bonus

Bonus ini sama juga seperti first deposit bonus, cuma daripada hanya sekali saja anda akan mendapat bonus itu berulang kali setiap kali anda membuat deposit.

Biasanya ia berjumlah sekitar 25% daripada jumlah deposit dan ia akan di kreditkan ke dalam akaun sebagai support margin.

Kesimpulan

Itu adalah 8 perkara yang saya akan lihat apabila memilih broker fx. Mungkin keutamaan anda adalah lain mungkin anda lebih utamakan jenis akaun serta bonus ada juga trader pentingkan keselamatan dan akan lebih fokus kepada mencari broker mempunyai lesen serta regulasi yang kukuh.

Apa-apa pun pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu apabila memilih broker, pastikan broker itu mempunyai raputasi yang bagus serta dipercayai dan mempunyai perlesenan dari pihak perbadanan yang kukuh.

Leave a Reply