JENIS-JENIS TRADER

 


Anda munkin pernah ditanya soalan ini oleh trade lain “kamu trader jenis apa” atau anda pernah dengar trader sebut “aku intraday trader” atau “aku scalper”.

Munkin anda tertanya-tanya apakah jenis trader yang ada dan apakah perbezaan antara semua itu.

Saya akan terangkan apa perbezaan setiap jenis cara trading tersebut dan macam mana anda nak tahu mana satu yang sesuai dengan anda.

1) Scalper

Scalping atau scalper adalah trader yang memegang posisi trade mereka dalam beberapa saat hingga minit biasanya mereka tidak akan biar satu posisi trade itu terbuka lebih dari 20 minit.

Scalper akan cuba untuk ambil sedikit keuntungan dalam setiap pergerakkan market sebab itu scalper biasanya menggunakan time frame yang kecil seperti 1 minit dan 5 minit chart. Jumlah posisi trade untuk scalper dalam sehari biasanya dalam 10 hingga beratus.

Scalping ini seusai untuk anda sekiranya ada banyak masa terluang untuk duduk di hadapan chart untuk tangkap setiap peluang trade setup yang ada.

Scalping ini munkin sesuai sekiranya anda

  • Banyak masa terluang.
  • Ingin cepat nampak hasil.
  • Tidak kesah untuk kerap duduk di hadapan chart.
  • Tidak banyak kerja lain untuk dilakukan.
[adrotate group=”2″]

2) Intraday

Intraday trader ada day trader jenis trader yang akan buka dan tutup posisi trade mereka dalam hari yang sama, contoh kalau sudah ada posisi trade yang dibuka pada jam 10 pagi dan posisi itu ditutup jam 5 petang pada hari yang sama itu adalah intraday trading mereka tidak akan biar posisi mereka dibuka sehingga keesokkan harinya.

Biasanya intraday trader akan menggunakan time frame H1, M30 & M15 untuk anlaysis mereka.

Intraday trading ini bagus sekiranya anda tidak terlalu sibuk tetapi tidak mahu selalu duduk di hadapan chart sentiasa seperti scalping.

Intraday trader biasanya akan lihat chart setiap beberapa jam atau di waktu pagi dan kemudian tutup posisi tersebut di tengah hari atau malam.

Cara intraday ini munkin sesuai sekiranya anda

  • Tidak mahu selalu hadap chart.
  • Tidak mahu biar posisi trade bair terbuka hingga esok.
  • Boleh buat analysis di pagi hari.
  • Tidak terlalu sebuk.

3) Swing Trader

Swing trader adalah trader yang jenis biar posisi trade mereka dibuka selama beberapa hari hingga seminggu.

Swing trading jenis yang jarang atau munkin tidak ada banyak masa untuk sentiasa lihat chart munkin kerana mereka masih mempunyai perkerjaan full time.

Time frame yang biasa digunakan untuk swing trader adalah H4 dan Daily dan biasanya mereka akan lihat chart pada waktu pagi atau malam untuk melakukan analysis dan membuka posisi trade mereka.

Swing trading ini munkin sesuai sekiranya anda

  • Anda terlalu sibuk untuk kerap lihat chart.
  • Jenis tidak kesah kalau nampak hasilnya sedikit lambat.
  • Tidak kesah untuk pegang posisi trade untuk beberapa hari.
  • Tidak kesah kalau trade setup jarang berlaku.
[adrotate group=”4″]

4) Position Trader

Position Trader pulak jenis yang biar posisi trade mereka dibuka untuk tempoh berminggu hingga berbulan lamanya.

Position trader memang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, dan jenis relex, serta mempunyai kepahaman yang mendalam tentang market fundemental.

Kebiasaan time frame yang digunakan adalah Daily, Weekly dan Monthly chart, kerana mereka ikut arah trend untuk jangka masa yang lama.

Position trader ini juga biasanya memerlukan capital yang besar untuk mereka tampung posisi trade mereka untuk jangka masa lama, kerana biasanya stop loss mereka akan lebih luas.

Position trading ini munkin sesuai dengan anda sekiranya

  • Anda mempunyai kesabaran yang kuat dan jenis relex.
  • Mempunyai modal yang besar.
  • Paham tentang market fundemental.
  • Anda jenis tidak kesah untuk nampak hasil itu sedikit lambat.

Jadi Anda Trader Jenis Yang Mana?

Soalan ini hanya anda sahaja yang boleh jawab, kerena setiap orang berbeza ada yang jenis suka scalping dan ada yang tak sesuai dengan scalping tapi mereka boleh intraday dan swing trading.

Anda perlu jawab soalan ini untuk tahu anda trader jenis mana:

  • Adakah saya lebih suka jangka pendek atau jangka panjang?
  • Berapa banyak masa yang saya ada pada siang hari untuk trading?
  • Adakah saya bekerja sepenuh masa dan selalu sebuk?
  • Adakah saya jenis bersabar, atau saya perlu melihat keputusan dengan cepat?

Selepas anda jawab soalan ini baru anda boleh lihat anda sesuai dengan jenis trader yang mana, kemudian mula cari strategy dengan cara trading anda.