APA ITU PASARAN FOREX

Anda pasti pernah dengar orang sebut perkataan “forex” tapi apa sebenarnya pasaran forex ini dan bagaimana ia beroperasi?

Pasaran forex atau Fx adalah singkatan untuk “Foreign Exchange”, ianya adalah sebuah pusat kewangan tempat dimana syarikat, kerajaan, pelabur, dan juga individu membuat transaksi untuk menukar mata wang mereka ke mata wang negara lain.


Pengambilan Utama

  • Forex adalah singkatan untuk Foreign Exchange, sebuah pasaran untuk menukar mata wang asing.
  • Trader melakukan transaksi di dalam pasaran Fx dengan berharap untuk membuat keuntungan berdasarkan perubahan pergerakan harga.
  • Trader gunakan teknikal analisa dan analisa fundamental untuk jangkakan pergerakan arah mata wang untuk membuat keuntungan.
  • Bank pusat memainkan peranan besar dalam pasaran forex.

Apa Itu Forex

Konsep pasaran forex ini sama saja seperti kebanyakan konsep perniagaan yang lain, perlu ada pembeli dan juga penjual.

Apabila kita ingin menukar mata wang kepada mata wang lain kita perlukan seseorang yang memiliki mata wang kita mahukan tersebut dan mereka juga ingin tukarkan mata wang mereka dengan kita.

Sebagai contoh, sekiranya kita nak tukar MYR kepada USD, kita perlukan seseorang yang mahu tukarkan USD mereka kepada MYR barulah transaksi itu akan dilaksanakan.

Bagaimana pertukaran mata wang beroperasi

Pasaran forex memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan harian kita lagi-lagi setelah wujudnya internet dan juga sistem perdagangan global yang semakin berhubung.

Jika anda ingin beli barang dari luar negara, anda tidak boleh bayar menggunakan mata wang tempatan kerana negara tersebut tidak menggunakan mata wang yang sama, setiap negara mempunyai nilai mata wang mereka tersendiri.

Apa yang anda perlu buat adalah tukarkan mata wang anda kepada mata wang negara itu dahulu kemudian baru anda dapat beli atau melaksanakan transaksi tersebut dan proses ini biasanya berlaku dalam sekelip mata ketika anda sedang membuat pembayaran secara dalam talian.

Ini kerana disebabkan jumlah transaksi yang berlaku dalam pasaran forex amatlah tinggi jadi ianya tidak mustahil untuk kita berjaya menukarkan mata wang dalam tempoh waktu yang pantas.

Ianya dianggarkan jumlah transaksi di dalam pasaran forex adalah sebanyak $7 Trillion dollar setiap hari!

Pasaran Forex Dari Segi Trading

Sekarang anda sudah paham apa itu pasaran forex dan bagaimana ia beroperasi, mari kita lihat pula bagaimana pasaran forex ini bekerja dari segi trading.

Pasaran forex dari segi trading adalah sama saja seperti kita ingin menukar mata wang cuma apa yang bezanya adalah kita akan melakukan analisa untuk menentukan atau meramal pergerakan harga akan menaik atau menurun.

Trader akan membeli atau menjual pair mata wang tersebut bergantung kepada pandangan analisa trader itu terhadap pasaran semasa dan keadaan ekonomi negara tersebut.

Sebagai contoh, kita menjual mata wang EURO dan beli mata wang USD kerana kita jangkakan ekonomi negara A.S akan menjadi lebih kukuh berbanding ekonomi Eropah.

Jika jangkaan kita betul kita akan dapat keuntungan daripada transaksi dagangan tersebut. Tetapi kalau jangkaan kita salah dan ekonomi Eropah lebih kukuh berbanding A.S maka kita akan alami kerugian.

Ianya kedengaran agak mudah, tetapi terdapat faktor lain juga yang main peranan untuk trader menentukan arah jangkaan pergerakan pasaran dan dalam dunia trading ianya di sebut sebagai analisa.

Terdapat 2 jenis analisa setiap trader perlu tahu, iaitu:

  1. Teknikal Analisa
  2. Analisa Fundamental

Secara asasnya teknikal analisa adalah sebuah teknik analisa di mana trader akan melihat carta untuk membuat keputusan tentang ke arah mana harga akan bergerak.

Contoh Analisa Teknikal

Untuk analisa fundamental pula adalah dengan membuat keputusan berdasarkan laporan-laporan rasmi seperti jumlah pekerjaan dan kadar pengangguran di dalam negara, kadar faedah, KDNK, dan banyak lagi.

Berdasarkan hasil data laporan itu trader dan juga pelabur akan membuat keputusan sekiranya ekonomi sesebuah negara itu akan menjadi semakin kukuh atau makin melemah.

Siapa Membuat Transaksi Dalam Pasaran Fx?

Seperti yang dikatakan sebelum ini, jumlah transaksi pasaran forex adalah sebanyak $7 Trillion dollar setiap hari, tapi siapa sebenarnya yang membuat transaksi tersebut dalam dan kenapa.

1) Pihak Bank

Bank pusat memainkan peranan yang amat penting di dalam pasaran forex, ini kerana mereka mewakili bagi pihak kerajaan.

Bank pusat dapat menentukan kadar faedah yang akan memberi impak besar kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung pada nilai mata wang negara tersebut.

Kebanyakan jumlah transaksi dalam pasaran forex adalah daripada pihak bank kerana jumlah transaksi mereka boleh capai dalam lingkungan ratusan juta sehingga berbillion dalam satu transaksi.

Disebabkan jumlah transaksi pihak bank yang amat besar, ianya tidak mustahil untuk mereka dapat menjejaskan pergerakan arah nilai mata wang.

2) Pengurus Pelaburan dan Dana Lindung Nilai

Dana lindung nilai atau lebih dikenali sebagai “hedge fund” adalah sebuah syarikat atau intitusi di mana mereka akan kumpul dana daripada para pelabur dan pihak hedge fund akan uruskan dana tersebut dengan melabur ke dalam pelbagai aset seperti, hartanah, pasaran saham, pasaran forex, dan banyak lagi dengan tujuan untuk menjana keuntungan kepada para pelabur mereka.

Cara syarikat ini membuat keuntungan adalah dengan ambil sedikit daripada hasil keuntungan yang mereka dapat dan juga kenakan caj bayaran kepada para pelabur mereka biasanya sekitar 1.4% hingga 1.6% kadar bayaran tahunan.

Kedengaran agak rendah, tetapi jika syarikat hedge fund itu menggurus dana sebanyak berbillion dollar, kadar bayaran itu agak besar.

3) Pihak Syarikat

Syarikat yang ingin melakukan transaksi perniagaan dengan negara lain perlu menukarkan mata wang mereka kepada mata wang negara yang mereka ingin berurusan bersama.

Sebagai contoh jika syarikat di German ingin berurusan dengan sebuah syarikat dari negara Jepun, mereka perlu tukarkan mata wang EUR(euro) kepada JPY(Japanese Yen) untuk melakukan transaksi bayaran mereka.

Bergantung kepada urusan tersebut, jumlah transaksi yang dilakukan oleh syarikat ini boleh mencapai sekitar ratusan juta hingga berbillion.

4) Individu Biasa

Sekiranya anda pernah melancong ke luar negara, pasti anda pernah ke sebuah kaunter penukaran mata wang, biasanya boleh jumpa di pusat lapangan terbang atau di dalam pusat membeli-belah.

Itu bermakna anda telah pun terlibat dalam transaksi pasaran forex.

Contoh yang lain adalah apabila anda membeli barang dalam talian dari luar negara. Mungkin anda tidak dapat melihatnya tapi apabila anda membuat pembayaran secara dalam talian pihak bank akan tukarkan mata wang tersebut secara automatik.

5) Trader Kecilan

Trader kecilan adalah individu yang tidak mempunyai jumlah modal yang besar seperti pihak institusi bank dan syarikat.

Individu trader ini akan membuat transaksi jual beli mereka berdasarkan analisa yang dilakukan dengan berharap untuk membuat keuntungan dalam pergerakan pasaran.

Soalan Lazim

Boleh Ke Buat Duit Dalam Forex?

Ianya tidak mustahil untuk jana keuntungan dalam pasaran forex tetapi ianya tidak begitu mudah seperti ramai orang sangkakan. Anda perlu belajar kaedah analisa teknikal dan juga analisa fundamental untuk meramal pergerakan arah pasaran.

Betul Ke Syarikat Trade Forex?

Pihak syarikat melakukan transaksi dalam pasaran forex dengan bertujuan untuk menukarkan mata wang mereka kepada mata wang negara lain untuk melakukan transaksi perniagaan dari luar negara.

Kenapa Orang Trade Pasaran Forex?

Trader berdagang dalam pasaran forex untuk membuat keuntungan berdasarkan pergerakan turun naik harga sesebuah mata wang tersebut.

Adakah Pasaran Forex Ini Berisiko Tinggi?

Setiap aset dagangan mempunyai risiko, tiada sebuah aset pelaburan yang boleh dijamin 100 peratus selamat. Ianya bergantung kepada diri anda sendiri untuk tahu apakah tahap risiko yang anda mampu terima.

Kesimpulan

Pasaran forex adalah sebuah tempat dimana individu atau syarikat boleh menukarkan mata wang mereka dengan mata wang negara lain.

Walaupun ianya tidak mustahil untuk trader individu menjana keuntungan dengan berdagang dalam pasaran forex tetapi ia masih terdapat risiko dimana mereka boleh kehilangan modal mereka.

Sebab itu ianya penting untuk trader memiliki ilmu teknikal analisa dan fundamental yang kukuh agar mereka tidak berdagang secara membuta tuli.

Ilmu berkaitan trading amatlah penting kerana ia dapat bezakan trader yang untung dari yang rugi.