APA ITU LEVERAGE

Jika merujuk pada wikipedia, maksud leverage ini adalah “sebuah teknik yang melibatkan peminjaman dana untuk membeli sesuatu.” Jadi leverage ini bermaksud sebuah pinjaman dari pihak broker kepada trader.

Dalam erti kata lain ia memudahkan trader kecil untuk berdagang pada jumlah yang besar dengan modal deposit yang kecil.


Pengambilan Utama

  • Leverage ini adalah sebuah pinjaman untuk membenarkan trader menampung jumlah posisi trade yang lebih besar dari nilai deposit mereka.
  • Legerage digunakan untuk menjana keuntungan daripada perubahan harga yang kecil dalam pergerakan pasaran forex.
  • Leverage ini dapat gandakan keuntungan dan juga kerugian jika tidak diguna secara berhati-hati.

Cara Leverage Berfungsi

Katakan ada seorang trader bernama Bob. Bob telah ambil keputusan untuk deposit sebanyak $2,000 USD sebagai modal trading beliau.

Broker yang digunakan Bob menawarkan tahap leverage sebanyak 1:100 untuk saiz deposit $2,000 tersebut. Untuk kira leverage ini mudah sahaja.

Modal * tahap leverage = jumlah

Dalam contoh ini:

$2,000 * 100 = $200,000.

Ini bermaksud Bob boleh membuka lot saiz maksima sebanyak $200,000 atau 2 standard lot.

Sudah tentu ia kedengaran agak terlalu optimistik dan bergantung kepada broker, ada broker hanya menawarkan leverage maksima setinggi 1:200 ada yang setinggi 1:3000 tapi itu tidak bermakna lebih tinggi tahap leverage lebih bagus.

Kelebihan Trade Guna Leverage

Kelebihan leverage adalah ia membenarkan kita untuk membuka posisi trade yang lebih besar dengan meletakan modal yang kecil.

Jika modal anda adalah $1,000 dan anda trade tanpa menggunakan leverage itu bermaksud keuntungan anda untuk setiap 1 pip adalah $0.10, jika harga bergerak sebanyak 100 pip anda baru menerima keuntungan sebanyak $10 lebih kurang 1% dari jumlah modal deposit.

Kalau anda lihat tahap keuntungan agak rendah dan rasa seperti tidak berbaloi, di sini lah dimana leverage datang untuk membantu.

Kita guna contoh yang sama, modal deposit adalah $1,000 cuma kali ini tahap leverage yang digunakan adalah 1:100.

Ini bermaksud anda boleh membuka saiz posisi sebanyak 100 kali ganda dari jumlah deposit anda.

$1,000 * 100 = $100,000

Untuk situasi yang sama seperti tadi, kalau sebelum ini anda hanya dapat keuntungan sebanyak $0.10 setiap 1 pip, dengan leverage anda berpotensi untuk mendapat keuntungan sebanyak $10 untuk setiap 1 pip.

Anda pasti dapat lihat dengan jelas bahawa dengan menggunakan leverage potensi keuntungan yang diperolehi amat jauh beza.

Tapi anda perlu ingat apa yang kedengaran agak indah pasti akan ada keburukannya.

Kekurangan dan Risiko Leverage Dalam Trading

Leverage ini adalah sebuah “double edged sword” maksudnya ia boleh jadi kelebihan buat trader pada masa yang sama ia juga boleh menjadi kekurangan untuk trader.

Jadi apakah kekurangan leverage ini?

Tahap Kerugian

Dengan berpotensi untuk menjana keuntungan yang lebih besar dengan guna leverage, ia juga boleh mendatangkan kerugian yang besar buat trader jika tidak digunakan dengan betul.

Ramai trader cuba kejar broker yang menawarkan leverage tinggi seperti 1:1000 atau 1:3000 atau lebih.

Tapi mereka lupa akan risiko apabila guna tahap leverage yang tinggi, sebab itu salah satu punca kenapa ramai trader gagal adalah kerana mereka memilih untuk ambil risiko yang besar dari apa yang mereka mampu tampung dengan menggunakan tahap leverage yang tinggi.

Risiko Margin Call

Margin Call atau trader lebih suka sebut sebagai “MC” adalah langkah dari pihak broker untuk memastikan baki akaun trader tidak menjadi negatif yang berpunca daripada baki di dalam akaun trading sudah tidak mencukupi untuk menampung sebarang posisi trade.

Selalunya apabila baki akaun trading anda sudah berada di bawah aras margin yang diperlukan, pihak broker akan menghantar email atau hubungi anda untuk memberi tahu bahawa baki yang ada di dalam akaun trading anda sudah tidak cukup untuk tampung sebarang posisi trade dan anda perlu tambah duit lagi ke dalam akaun anda.

Tapi ada juga broker yang tidak akan menghubungi trader, apa mereka akan buat adalah pihak broker akan tutup semua posisi trade itu secara automatik.

Trader alami margin call biasanya berpunca daripada penggunaan tahap leverage yang terlalu tinggi serta perancangan trading yang tidak begitu bagus.

Kebanyakan trader ingin guna tahap leverage yang tinggi kerana mereka ingin cepat untuk mendapat keuntungan, tapi apa yang selalu berlaku adalah sebaliknya, daripada cepat dapat keuntungan mereka alami kerugian yang lebih cepat.

Pastikan anda tahu langkah apa yang perlu diambil jika akaun trading alami margin call, agar anda tidak menjadi gelisah bila ia berlaku.

Jadikan Leverage Sebagai Kelebihan Trading Kita

Terdapat juga cara untuk anda jadikan leverage ini sebagai kelebihan tanpa perlu mendedahkan diri anda pada risiko kerugian yang tinggi.

Ketahui Tahap Risiko

Pertama anda perlu tahu apakah tahap risiko yang anda mampu tampung bagi setiap posisi trade yang diambil.

Sebagai contoh, jika risiko yang anda selesa adalah sekitar 2% bagi setiap trade, maka anda perlu pastikan setiap posisi trade anda tidak alami kerugian melebihi 2% daripada jumlah baki akaun.

Jika modal akaun adalah $1,000 maka kerugian maksima anda boleh ambil bagi setiap trade adalah $20.

Sebab itu ianya penting untuk anda tahu cara untuk menjaga risk management dan money management semasa trading.

Guna Leverage Yang Sesuai

Kedua pula adalah pastikan anda tidak guna tahap leverage yang terlalu tinggi, lagi-lagi jika anda masih baru dalam trading.

Pastikan anda paham tentang risiko akan penggunaan tahap leverage yang tinggi. Ia biasanya mendatangkan kerugian berbanding keuntungan.

Ingat ini, di dalam trading ia bukannya tentang untuk membuat keuntungan yang besar dalam tempoh masa singkat, tetapi ia tentang betapa lama kita dapat bertahan dalam trading.

Ianya tentang konsistent, lebih baik membuat keuntungan untuk tempoh jangka masa panjang berbanding membuat keuntungan besar sekali saja.

Soalan Lazim

Apakah Tahap Leverage Yang Bagus?

Tahap leverage yang sesuai untuk digunakan adalah 1:100 atau 1:200.

Adakah Leverage Ini Hutang?

Tidak, anda tidak boleh berhutang menggunakan leverage kerana anda tidak mendapat wang yang dipinjam ke dalam akaun trading anda. Anda hanya dapat keupayaan untuk mengawal kedudukan yang lebih besar dengan jumlah dana modal deposit yang kecil.

Adakah Leverage Ini Bagus?

Leverage ini dapat jadi kelebihan buat trader jika digunakan dengan betul. Ramai trader alami kerugian akibat daripada penggunaan tahap leverage yang terlalu tinggi.

Adakah 1:1000 Leverage bagus?

Leverage yang tinggi memberikan trader potensi untuk dapat keuntungan yang besar, tapi pada masa yang sama terdapat risiko untuk alami kerugian yang besar. Ia disarankan untuk guna tahap leverage yang tidak terlalu tinggi untuk kurangkan risiko mengalami margin call.

Kesimpulan

Leverage ini adalah sesuatu benda yang bagus buat trader tetapi boleh jadi bahaya jika tidak digunakan dengan betul.
Pastikan kita tidak ambil risiko yang terlalu besar dengan menggunakan tahap leverage yang tinggi, serta pastikan anda tahu tahap risiko yang anda mampu tampung.