LIMIT ORDER

Macam market execution anda perlu duduk di hadapan screen komputer untuk membuka posisi trade, jika anda malas nak tunggu lama untuk market sampai ke paras level target anda untuk membuka posisi trade, anda boleh gunakan limit order.

Limit order adalah dimana anda boleh set buy atau sell order pada level yang anda mahu.

Limit order ada dua jenis, sell limit dan buy limit.

Contoh katakan anda sedang trade pair GBP/USD , kadar harga semasa berada di 1.42000 dan berdasarkan analysis anda mahu membuka sell order kerana anda yakin sekiranya harga sampai ke 1.42050 market akan mula turun.

Anda boleh letak limit sell order di level tersebut dan bila harga sampai ke level 1.42050 posisi trade sell anda akan dibuka secara auto.

Contoh buy limit.

Anda mahu membuka posisi buy di pair GBP/USD pada kadar 1.42050 berdasarkan analysis anda yakin yang harga akan mula menaik bila market sampai level itu dan kadar semasa berada di 1.42100.

Anda boleh letak limit buy order pada 1.42050 bila market sampai ke level harga tersebut posisi trade buy anda akan dibuka.

Tujuan limit order adalah, apabila anda pasti market akan berubah arah bila sampai di sesuatu level contohnya seperti level support and resistance(anda akan belajar di bab teknikal analysis).

Tapi sekiranya market tidak sampai ke level limit order anda, posisi trade tersebut tidak dibuka selagi harga tidak sampai di level yang anda set.