MARGIN DALAM FOREX TRADING

Apa Itu Margin

Margin bermaksud trader perlu meletakan sejumlah wang sebagai pendahuluan apabila ingin mengekalkan atau buka sebarang posisi trade.

Untuk mudahkan lagi, kita perlu meletakkan jumlah modal pendahuluan sebagai cagaran untuk membuat pinjaman daripada pihak broker untuk laksanakan transaksi trading tersebut.

Margin akaun dalam forex trading adalah perkara biasa kerana kita trade dengan menggunakan leverage dimana ia membenarkan trader dengan modal kecil untuk membuka posisi trade yang lebih besar dari modal mereka.

Modal yang kita letak sebagai cagaran dipanggil sebagai “margin” dan ianya amat penting untuk trader tahu apa itu margin sebenarnya.


Perkara Utama

  • Margin adalah cagaran yang diletakan oleh trader kepada broker untuk laksanakan transaksi trading mereka.
  • Margin trading membenarkan trader berdagang dengan leverage yang berpotensi untuk memberi keuntungan besar dan juga potensi untuk alami kerugian ketara.
  • Margin boleh dikelaskan kepada dua katagori, used margin dan free margin.

Used Margin

Apa itu “used margin”?

Makna used margin adalah jumlah keseluruhan margin yang sedang digunakan untuk mengekalkan kesemua posisi trade yang sedang aktif.

Tadi kita telah lihat maksud margin adalah satu jumlah yang trader perlu letak sebagai cagaran untuk melaksana sebarang posisi trading.

Sebagai contoh jika kita ingin membuka posisi lot saiz sebesar 0.10 lot(10,000 unit) pada pair EUR/USD, kita perlu memastikan baki akaun kita mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan trade tersebut.

Free Margin

Free margin bermaksud jumlah baki modal yang masih ada di dalam akaun anda dan dari baki ini anda masih boleh buka posisi trade baharu atau tampung posisi trade yang masih sedang aktif.

Apabila nilai Free Margin anda menjadi kosong itu bermaksud anda sudah tidak boleh membuka sebarang posisi trade baharu.

Full Margin

Full margin adalah apabila trader membuka posisi trade mereka secara maksima. Maksudnya mereka membuka posisi trade sehingga mereka sudah tiada Free Margin untuk tampung sebarang posisi trade baru.

Contoh, jika trader itu mempunyai dana sebanyak $1,000 di dalam akaun mereka dan leverage yang digunakan adalah 1:100, itu bermaksud trader itu boleh membuka saiz posisi trade sebesar 1 lot(100,000 unit).

Tapi daripada membuka posisi trade berdasarkan penjagaan risiko serta pengurusan kewangan yang cermat. Mereka akan membuka posisi trade yang besar seperti 0.80 lot atau 0.90 lot.

Biasanya mereka lakukan seperti ini adalah dengan berharap untuk mendapat pulangan yang besar dalam tempoh masa yang pendek tapi apa yang biasa berlaku adalah mereka akan lebih kerap alami kerugian besar berbanding keuntungan.

Nama untuk trader seperti ini adalah “trader full margin“, mereka akan ambil risiko yang besar untuk dapat pulangan yang besar dalam tempoh masa pendek. Mereka biasanya akan trade ketika terdapat keluaran data fundamental besar.

Mereka tidak semestinya akan membuka posisi trade dengan jumlah lot yang besar, apa yang mereka buat adalah cara dipangil sebagai “layer”, mereka akan buka saiz lot yang kecil tapi dengan jumlah yang banyak.

Gaya trading full margin atau layer biasa mempunyai risiko besar untuk mengalami situasi margin call.

Apa Itu Margin Call

Margin call adalah situasi dimana pihak broker akan hubungi trader melalui telephone atau email untuk memberi tahu bahawa baki akaun mereka sudah tidak mampu untuk tampung posisi trade yang sedang aktif dan broker akan minta trader untuk tambah nilai baki akaun trading mereka atau tutup posisi trade yang sedang aktif.

Trader biasa akan pangil margin call sebagai “MC”.

Stop Out

Tapi macam mana jika kita alami kerugian yang bertambah teruk sebelum kita sempat untuk tambah nilai akaun trading kita?

Situasi ini dipanggil sebagai “Stop Out” ia lebih teruk berbanding MC kerana pihak broker akan tutup kesemua posisi trade kita secara automatik sama ada sedang rugi atau untung.

Bergantung kepada jenis broker yang digunakan, apabila trader alami stop out baki akaun mereka boleh menjadi negatif.

Contoh katakan baki akaun trading kita adalah -$5, dan apabila kita tambah nilai sebanyak $100 ke dalam akaun kita maka pihak broker akan menolak -$5 itu untuk bayar semula baki yang tertunggak.

Ini bermaksud hanya $95 akan dikreditkan ke dalam baki akaun kita.

Ada juga broker yang menawarkan perlindungan baki negatif, dimana apabila akaun kita alami stop out baki kita tidak akan menjadi negatif tapi ia akan menjadi kosong($0.00).

Soalan Lazim

Perlu Ke Kira Margin?

Sekarang ini kebanyakan trading platform melakukan kiraan margin akaun trading kita secara automatic.

Boleh Ke Trade Tanpa Margin?

Jawapanya boleh trade menggunakan leverage 1:1 di dalam forex. Tapi secara logik ia akan
jadi agak sia-sia sekiranya ia dilakukan dengan modal yang kecil. Untuk trade tanpa menggunakan margin anda memerlukan sejumlah modal yang besar sekitar ratusan ribu dollar untuk nampak pulangan yang berbaloi.