Jenis Order Dalam Forex Trading

Forex trader akan memangil posisi trade mereka sebagai “order“, kadang-kadang anda akan terdengar trader menyebut “buy order” atau “sell order“, mereka rujuk kepada posisi trade yang mereka ingin ambil. Terdapat beberapa jenis order dalam forex trading dan setiap order itu ada kegunaannya tersendiri bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

Bergantung juga kepada broker yang anda guna, mungkin tidak kesemua jenis order ini akan ditawarkan oleh broker anda.

Ini adalah senarai jenis-jenis order yang ada dalam pasaran forex.

Market Execution

Order jenis ini akan dilaksanakan dengan serta merta.

Sebagai contoh, katakan anda trade pair EUR/USD dan anda mahu buka transaksi buy,

Harga bid ketika waktu itu berada di 1.13800 dan harga ask berada di paras 1.13820, sekiranya anda ingin buka posisi buy anda akan rujuk pada paras harga ASK.

Jadi apabila kita tekan laksanakan transaksi buy order dengan gunakan jenis order market execution, maka harga yang anda akan dapat adalah pada harga ASK ketika waktu itu di 1.13820 dan pesanan trade anda akan dilaksanakan dengan segera.

Limit Order

Dalam contoh market execution ianya bagus jika kita ingin buka posisi trade kita dengan segera, mungkin kerana harga sudah berada di kawasan support dan resistence atau terdapat pattern candlestick yang berlaku ketika waktu itu.

Tapi bagaimana jika anda ketika waktu itu tidak dapat melihat chart dan mungkin anda takut terlepas peluang trade apabila harga sampai ke paras support atau pun resistance.

Di sinilah dimana limit order datang membantu. Limit order adalah dimana anda boleh set paras harga dimana anda ingin buka posisi buy atau sell pada aras harga yang anda mahu.

Contoh Apa Itu Limit Order

Sebagai contoh katakan anda sedang trade pair GBP/USD , kadar harga semasa berada di 1.42000 dan berdasarkan teknikal analisa, anda mahu membuka sell order kerana anda yakin sekiranya harga telah sampai ke paras 1.42050 arah pasaran akan mula bergerak menurun.

Jadi anda boleh letak “Sell Limit” pada paras harga 1.42050, sekiranya harga sampai pada paras itu pesanan anda akan dibuka secara automatik tanpa anda perlu lihat chart dan tekan butang sell itu sendiri.

Untuk posisi buy ianya konsep yang sama cuma daripada membuka sell limit anda akan buka “buy limit” pada paras harga yang anda mahu.

Tujuan limit order sangat berguna apabila anda pasti bahawa pasaran akan berubah arah sekiranya harga telah sampai pada paras tertentu.

Tapi jika harga gagal untuk sampai ke paras itu maka pesanan tersebut tidak akan aktif.

Stop Order

Apa Itu Stop Order

Stop order digunakan apabila anda jangkakan bahawa harga akan bergerak lebih jauh apabila ia sampai pada paras yang tertentu.

Contoh, sekiranya anda sedang trade pair USD/CAD, kadar harga semasa untuk pair ini adalah sekitar 1.23000 dan berdasarkan analisa anda, sekiranya harga sampai ke paras 1.23100 ianya tidak mustahil untuk bergerak naik lebih jauh.

Jadi dalam situasi ini anda akan letak pesanan “buy stop” pada paras 1.23100 dan posisi itu hanya akan aktif apabila harga telah sampai pada harga tersebut.

Tapi jika anda yakin bahawa sekiranya pair USD/CAD turun ke paras 1.22900 ianya tidak mustahil untuk harga teruskan pergerakan kejatuhan mereka, jadi anda akan tetapkan pesanan “sell stop” pada paras harga tersebut.

Jadi masa bila stop order ini sangat berguna buat trader?

Stop order biasanya di gunakan pada kawasan SnR, dimana trader akan jangkakan SnR breakout untuk berlaku sekiranya harga bergerak melebihi paras harga tertentu.

Situasi lain dimana stop order ini agak membantu adalah ketika harga sedang bergerak dalam keadaan sideways atau pasaran telah membuat chart pattern yang menunjukan bahawa kemungkinan tinggi bahawa harga akan bergerak lebih jauh jika aras tertentu itu berjaya dipecah oleh harga.

Stop Loss dan Take Profit

Dalam banyak-banyak jenis order, mungkin stop loss dan take profit adalah antara yang paling kerap digunakan trader.

Take Profit

Take profit(TP) adalah order yang kita letakan untuk memberitahu pihak broker untuk tutup posisi trade ini kerana ia telah sampai ke sasaran harga kita.

Seperti namanya, ianya adalah paras dimana kita ingin ambil keuntungan.

Apa Itu Take Profit

Contoh katakan anda trade pair GBP/USD dan anda jangkakan kenaikan sebanyak 50 pip. Jika anda buka posisi buy pada harga 1.25300 dan harga naik hingga ke 1.25380 maka itu adalah kenaikan sebanyak 50 pip.

Sekiranya anda telah letakan paras take profit anda pada harga itu, posisi trade anda akan ditutup secara automatik dalam keadaan profit.

Stop Loss

Stop loss(SL) adalah order dimana kita tetapkan sekiranya harga tidak bergerak ikut arah jangkaan analisa.

Dengan tetapkan paras stop loss, kita beritahu kepada broker bahawa kita ingin tutup posisi trade itu sekiranya posisi trade tersebut bergerak bertentangan dari arah jangkaan.

SL ini bertujuan untuk kurangkan jumlah kerugian yang kita akan alami jika analisa kita salah.

Kita guna situasi yang sama seperti tadi, dimana kita jangkakan GBP/USD akan bergerak naik sebanyak 50 pip, tapi jika analisa kita salah, kita hanya ingin terima kerugian yang kecil katakan dalam -30 pip.

Jadi paras stop loss kita akan berada pada harga 1.2527, 30 pip dari harga kita masuk di 1.25300.

Sekiranya analisa kita salah dan harga turun ke paras SL tersebut, posisi itu akan ditutup dalam keadaan kerugian secara automatik.

Ianya amat penting untuk trader amalkan penggunaan stop loss dalam trading mereka untuk kurangkan pendedahan risiko ketika berada dalam pasaran.

Trailing Stop

Apa Itu Trailing Stop

Fungsi trailing stop ini sama saja seperti stop loss cuma ia akan ikut harga semasa pada jarak tertentu berdasarkan jumlah pip yang anda tetapkan.

Contoh, anda sedang trade pair EUR/USD di paras harga 1.25000 dan anda buka posisi buy, pada masa yang sama anda juga tetapkan trailing stop dengan jarak 20 pip.

Jika harga bergerak naik sebanyak 50 pip, maka paras trailing stop anda akan berada pada jarak 20 pip dengan paras harga semasa.

Tapi jika harga turun sebanyak 20 pip selepas kenaikan tadi, maka harga akan sentuh paras trailing stop dan posisi itu akan di tutup.

Trailing stop bagus sekiranya anda adalah seorang trend trader yang ingin ikut arah trend hingga ke penamatnya.

Good Till Cancelled

Good till cancel atau GTC adalah order yang anda tetapkan pada pasaran dan pesanan itu akan kekal aktif selagi anda tidak membatalkannya secara manual.

Anda perlu berhati-hati dengan pesanan seperti ini kerana selagi anda tidak batalkan ia akan kekal aktif dan mungkin anda terlupa untuk membatalkannya apabila pasaran tidak bergerak menyebelahi anda atau terdapat perubahan arah dalam analisa.

Good For The Day

Good for the day(GFD) adalah sebuah order yang anda tetapkan dengan had selama 24 jam sahaja.

Sekiranya tempoh 24 jam telah berlalu dan pesanan itu masih tidak aktif, mungkin kerana harga masih tidak sampai pada paras tersebut, pesanan itu akan dibatalkan secara automatik.

Order jenis GFD ini akan ikut kepada waktu pasaran forex iaitu 5:00 EST.

One Cancel The Other

Order “one cancel the other” atau OCO adalah dengan anda tetapkan 2 pesanan trade yang berbeza.

Apabila salah satu pesanan itu telah aktif, maka pesanan yang lagi satu itu akan dibatalkan.

Contoh situasi bila pesanan begini sangat membantu adalah apabila harga sedang bergerak dalam keadaan sideways dan kita tidak pasti ke mana arah pasaran akan pergi.

Jika kita letak pesanan buy order di atas dan juga sell order di bawah, sekiranya salah satu telah aktif maka lagi satu akan terbatal.

Jenis Order One Cancel The Other

Atau situasi lain di mana order seperti ini dapat membantu adalah jika berlakunya bilateral chart pattern seperti pattern triangle yang menunjukkan pasaran sedang dalam fasa penentuan arah.

Soalan Lazim

Apa Itu PO?

PO bermaksud “pending order” yang merujuk kepada jenis order seperti Stop Order dan juga Limit Order.

Jenis Order Forex Apa Yang Bagus?

Ia bergantung kepada jenis trading strategi yang anda gunakan. Jika anda adalah breakout trader mungkin Stop Order adalah lebih bagus, sekiranya anda adalah trader price action guna SnR dalam analisa maka Limit Order lebih bagus.

Boleh Ke Set Pending Order Dari MT4 Di Phone?

Boleh, anda boleh buka pending order melalui telephone anda dengan menukar jenis order yang anda ingin guna sebelum tekan butang buy atau sell.

Kesimpulan

Walaupun terdapat banyak jenis pending order yang anda boleh gunakan tapi itu tidak bermakna anda akan guna kebanyakannya.

Ia lebih bergantung kepada gaya trading anda dan keadaan pasaran semasa, sebagai contoh jika anda adalah trend trader maka trailing stop mungkin lebih sesuai untuk digunakan. Jika anda adalah chart pattern trader maka stop order lebih sesuai untuk tangkap pergerakan breakout.

Tapi jenis order yang paling penting dan wajib digunakan setiap trader adalah take profit dan stop loss kerana ia amat membantu untuk kurangkan risiko kita jika harga bergerak bertentangan dari arah analisa kita.

Leave a Reply