MARKET SWING dan TREND PASARAN

Apabila anda mendengar trader menyebut “market swing” atau “trend” mereka bermaksudkan kepada puncak atas(swing high) dan pucuk bawah(swing low) pergerakan harga atau untuk lagi mudah “swing” ini adalah kawasan dimana pergerakan harga berubah arah.

Contoh Swing Harga Dalam Pasaran
Swing Pasaran

Ianya penting untuk trader dapat mengenal pasti swing high dan low kerana di sinilah dimana trader akan tandakan aras support dan resistance atau fibonacci retracement serta untuk kenal pasti arah pergerakan trend pasaran.


Pengambilan Utama

  • Market swing bermaksud ayunan pergerakan turun naik pasaran.
  • Trader akan mengenal pasti aras SnR dengan berpandukan pada ayunan yang berlaku dalam pasaran.
  • Kenali arah trend adalah antara kunci utama untuk berjaya dalam trading.

Market Swing

Cara Baca Trend Pasaran

Rajah di atas menunjukkan contoh pergerakan pasaran dengan label dimanakah harga mula berubah arah.

Ini adalah makna label tersebut:

  • H = High – Berlaku apabila pasaran membuat high yang sama dengan high sebelumnya.
  • L = Low – Berlaku bila pasaran membuat low yang sama dengan paras swing low sebelumnya.
  • HH = Higher High – Bermaksud pasaran telah membuat swing high baharu dan melebihi ketinggian swing high yang sebelumnnya.
  • LL = Lower Low – Bermaksud pasaran berjaya membuat swing low yang baru dan ia melebihi paras swing low sebelumnnya.
  • LH = Lower High – Berlaku apabila pasaran membuat swing high yang lebih rendah dari swing high sebelumnnya.
  • HL = Higher Low – Berlaku apabila pasaran telah membuat swing low yang lebih tinggi daripada swing low yang sebelumnnya.

Trend Pasaran

Ianya satu perkara yang asas sebagai seorang trader untuk dapat menggenal pasti arah pergerakan trend pasaran.

Terdapat 3 jenis trend pasaran.

1) Uptrend(Higher High + Higher Low)

Higher High dan Higher Low UpTrend

Ketika pasaran sedang membuat higher high dan higher low, itu bermaksud ia sedang berada dalam keadaan uptrend.

Uptrend juga dipanggil sebagai bull market.

2) Downtrend(Lower Low + Lower High)

Lower High dan Lower Low Downtrend

Apabila pasaran bergerak dan membuat lower low dan lower high, itu bermakna pasaran sedang berada dalam downtrend.

Downtrend juga dipanggil sebagai bear market.

3) Sideways

Sama High dan Low Sideways

Sideways bermaksud, pasaran sedang tidak bergerak dalam mana-mana arah trend, kiranya tiada arah trend yang jelas dan harga bergerak secara mendatar.

Pergerakan sideways juga kadang-kadang dipanggil sebagai “ranging“.

Bila harga sedang bergerak dalam keadaan sideway ianya lebih baik untuk kita tidak trade dan fokus pada aset tersebut dan lihat pada aset atau pair yang lain.

Ini kerana pergerakan harga ketika pasaran ranging ini agak susah untuk diramal dan apa-apa saja boleh berlaku.

Apa yang anda perlu ingat adalah jangan sesekali cuba untuk trade lawan arah trend pasaran.

Kenapa Perlu Trade Ikut Arah Trend

Sebab apa trader perlu hanya trade mengikut arah trend pasaran?

Kenapa Perlu Trade Ikut Arah Trend

Sebagai trader, pergerakan trend adalah kawan kita, dan ianya lebih mudah untuk kita trade dengan ikut arah trend daripada cuba untuk melawannya dan bila kita trade dengan ikut arah trend kita berpotensi untuk tangkap arah pergerakan yang lebih besar berbanding apabila melawan arah trend.

Trend Pullback

Rujukan Berkenaan Trend Pullback

Trend pullback bermaksud pasaran sedang bergerak bertentangan dari arah trend semasa untuk jangka masa pendek atau anda boleh fikirkan ia sebagai waktu dimana pasaran sedang berehat sebelum sambung semula pergerakan arah trend mereka.

Sebab Apa Perlu Tunggu Pullback?

F.O.M.O dalam Trading

Trader amatur mereka akan buka posisi trade mereka ketika harga sedang bergerak jauh, ini biasanya berpunca daripada perasaan F.O.M.O, mereka takut untuk terlepas peluang untuk menjana keuntungan.

Entry Ketika Pullback

Tapi trader yang berpengalaman mereka akan tunggu peluang mereka datang apabila pasaran mula membuat pullback dahulu, dan bila berlakunya pullback ketika itulah baru mereka akan buka posisi trade berdasarkan strategi masing-masing.

Soalan Lazim

Apa Itu Trend

Trend adalah kecenderungan pergerakan harga yang bergerak ke arah yang tertentu. Arah trend boleh kekal untuk jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek. Antara kunci untuk berjaya dalam forex trading adalah dengan dapat mengenal pasti arah trend pasaran.

Macam Mana Nak Kenal Arah Trend?

Trader boleh gunakan pelbagai kaedah untuk kenal pasti arah trend, mungkin kaedah yang biasa digunakan adalah dengan melihat ayunan yang berlaku di dalam pasaran. Jika harga bergerak secara HH + HL itu bermaksud market sedang berada dalam uptrend, jika LL + LH itu bermaksud pasaran sedang berada dalam downtrend.

Kaedah lain adalah dengan menggunakan indicator trend seperti moving average adalah indicator trend yang bagus.

Macam Mana Nak Tangkap Pergerakan Besar Dalam Forex?

Cara terbaik untuk tangkap pergerakan arah yang besar dalam Fx adalah dengan trade ikut arah trend pasaran.

Kesimpulan

Arah trend adalah salah satu cara terbaik untuk trader menangkap pergerakan besar dalam pasaran berbanding cuba untuk tangkap setiap pergerakan dalam pasaran walaupun bertentangan dari arah trend.

Dengan mengenali arah trend pasaran trader akan dapat mengurangkan pendedahan risiko mereka dalam pasaran dengan hanya tunggu untuk berlakunya pullback sebelum memasuki pasaran dan bergerak ikut arah trend semasa.