MARKET WATCH

Di sebelah kiri anda akan nampak window market watch ia menunjukkan senarai pair currency dan aset yang anda kemunkinan berminat untuk perhatikan.

 

Untuk menambah aset atau pair yang anda mahu ke dalam market watch right click di mana-mana area di dalam window market watch atau tekan CTRL+U.

Kemudian akan muncul window baru dan anda hanya perlu pilih aset atau pair yang mana anda mahu selepas itu tekan “Show”.

 

Anda boleh buang aset atau pair yang anda tak berminat dengan right click di aset tersebut dan pilih hide.

 

Kalau anda macam saya tidak suka banyak sanggat window dan lebih suka platform nampak kemas dan kacak, anda boleh saja tutup window market watch dengan tekan “x” atau tekan CTRL+M di keyboard.