Menjadi Trader Pakar


Sekarang anda sudah tahu yang anda ini trader jenis apa, langkah seterusnya adalah anda perlu menjadi seorang yang pakar atau mahir di bahagian tersebut.

Contoh jika anda adalah seorang trader intraday atau swing trader jadi apa yang anda perlu buat adalah hanya fokus serta kaji semua strategy yang berkaitan dengan intraday atau swing trading sahaja.

Jangan pula pergi belajar strategy trading scalping sedangkan anda adalah swing atau intraday trader, ianya tidak sesuai dengan anda.

Tidak salah untuk belajar tetapi seeloknya fokus kepada satu demi satu dahulu.

Cuba untuk menjadi mahir dulu di sesuatu benda sebelum cuba benda yang lain. Jika anda tahu anda sesuai dengan strategy scalping jadi cuba mahirkan belah itu dahulu sebelum mencuba ke strategy lain seperti intraday atau swing trading.

[adrotate group=”2″]

Cara untuk menjadi mahir

Jadi macam mana caranya untuk menjadi mahir?

Sekarang ini untuk mendapat informasi amat mudah kerana wujudnya internet dan anda boleh akses semua informasi tersebut melalui telephone anda saja sekarang, yang paling seronok kebanyakan informasi tersebut adalah percuma.

Ini saya ingin kongsikan beberapa tip untuk menjadi pakar dalam sesuatu:

1) Fokus

Macam saya katakan sebelum ini, untuk berjaya dalam sesuatu itu kita perlu fokus dekat satu perkara dalam satu masa.

Kalau jawapan daripada quiz sebelum ini katakan anda adalah seorang trader scalping jadi anda hanya perlu fokus dan kaji strategy yang berkenaan dengan scalping, bukannya strategy lain seperti intraday atau swing.

Dengan fokus kepada satu benda ianya bukan saja dapat menjimatkan masa kita dari “Try and Error”, tetapi ia dapat percepatkan lagi prosess tersebut kerana kesemua tenaga kita fokus dekat satu perkara tersebut.

Jarang kita akan nampak orang yang berjaya fokus dalam banyak benda dalam satu masa, selalunya mereka akan kekal dekat satu perkara.

Cuba lihat ahli sukan bola sepak sebagai contoh kebanyakan permain dunia mereka hanya fokus kepada sukan bola saja tiada satu pun pemain bola dunia yang fokus dalam banyak acara sukan dalam satu masa.

Jadi untuk menjadi seorang yang pakar atau bagus, kita perlu fokus kepada satu perkara dalam satu masa.

2) Bimbingan

Mendapat bimbingan atau bantuan adalah salah satu benda yang bagus, salah satu cara yang terbaik untuk belajar adalah dengan belajar bersama individu yang berpengetahuan dalam area bidang tersebut.

Contoh jika anda seorang intraday trader, jadi cuba cari seorang mentor yang memang seorang intraday trader, jangan pula cari mentor dimana cara trading mereka berbeza dengan anda kerana mungkin cara mereka trade tidak sesuai dengan anda.

Jika anda tidak jumpa seorang mentor, cuba untuk sertai mana-mana komuniti trader. Sekarang ini sudah ada banyak group komuniti forum atau pun di social media seperti facebook, cuba join mana-mana group berkenaan trading yang ok dan sekiranya anda ada soalan boleh saja tanya soalan anda dalam group tersebut kebiasaannya pasti akan ada orang akan membantu dan menjawab soalan anda.

[adrotate group=”4″]

3) Berlatih

Orang biasa katakan “Practice made perfect” dan ianya sangat benar, cara yang terbaik untuk asah satu kemahiran tersebut adalah dengan berlatih.

Anda tidak perlu berlatih dengan mengunakan duit yang sebenar walaupun ada sesetengah trader suka guna duit sebenar jika anda diantara mereka saya sarankan guna akaun jenis micro atau cent sekiranya anda mahu berlatih mengunakan duit yang sebenar.

Mungkin anda yang tertanya kenapa nak guna duit yang sebenar sedangkan ada risiko untuk kehilangan duit tersebut, ianya kerana untuk melatih diri mereka dari segi emosi dan juga mind-set mereka apabila trade pasaran yang sebenar nanti.

Jika anda nak tahu lebih lanjut boleh baca artikel ini tentang @apa perbezaan akaun demo dengan akaun real@.

Atau sekiranya anda tidak mahu guna duit sebenar boleh guna akaun demo saja. Sekarang ini hampir semua broker menawarkan akaun demo untuk anda berlatih mengunakan duit virtual tetapi seperti dalam keadaan market yang sebenar.

Kebanyakan trader baru akan melangkah bahagian ini dimana mereka tidak berlatih dahulu di akaun demo atau micro untuk asah ilmu serta kenali trading strategy mereka dahulu. Tetapi terus mula lompat dan trade akaun sebenar.

Baca: 5 Tanda anda sudah bersedia untuk trade live akaun.

# TIP

Sekiranya anda berlatih di akaun demo pastikan anda anggap akaun demo tersebut seperti akaun yang sebenar maksudnya jika modal pemulaan anda bila mula trade akaun live adalah $200, cuba untuk berlatih guna akaun tersebut seperti ianya akaun $200.

Saya tahu selalunya bila kita berlatih di akaun demo, modal di dalam akaun tersebut biasanya besar seperti $5000 atau $100,000. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh terus buka posisi lot yang besar.

Untuk menjadikan latihan tersebut seperti situasi sebenar, cuba untuk buka lot saiz sama seperti saiz akaun modal anda ianya dapat melatihkan kita dari segi psikologi.

4) Amalkannya

Selepas anda sudah berlatih di akaun micro atau demo tiada gunanya jika kita tidak amalkan apa yang kita sudah belajar, jadi langkah seterusnya adalah untuk terus mula trade ke pasaran secara langsung atau live market.

Adakah anda akan ada mengalami kerugian?

Semestinya sudah tentu, dari masa kesemasa kita akan ada alami kerugian tetapi ianya tentang cara kita kawal kerugian tersebut, sebab itu Risk Management sangat penting.

Saya suka petikan ayat ini daripada George Soros beliau adalah antara trader terbaik dunia, ini apa yang beliau katakan:

Jadi ianya bukan tentang berapa banyak trade kita menang dan berapa banyak trade kita salah tetapi ianya tentang berapa banyak kita untung bila kita betul dan berapa banyak kita rugi apabila salah.

Kita akan menyelami lebih mendalam berkenaan topik ini di bahagian seterusnya.