MOVING AVERAGE CONVERGENCE DIVERGENCE (MACD)

Moving average convergence divergance atau nama singkatannya MACD adalah trend indicator, dan MACD juga adalah salah satu indicator kegemaran kebanyakkan trader.

Indicator MACD ini dicipta oleh Gerald Appel sekitar tahun 1970.

Indicator ini terdiri daripada 3 komponen

1) MACD SMA

2) Base Line atau Zero Line

3) Histogram

Cara Guna MACD Indicator

Sekarang mari kita lihat cara untuk guna indicator MACD ini di dalam teknikal analysis.

1) MACD Histogram Crossover

Di uptrend market jika MACD histogram berada di bawah zero line dan pada masa yang sama MACD histogram silang keatas dengan MACD Sma, ianya adalah signal bullish.

Jika MACD histogram berada di bawah paras level 0 dan bersilang kebawah dengan moving average, ianya adalah signal bearish.

2) MACD + Alligator Indicator

Kalau anda hanya menggunakan strategy yang pertama tadi sahaja ianya tidak beberapa effective kerana akan berlaku banyak false signal.

Jadi untuk menggurangkan false signal itu kita boleh gabungkan MACD dengan indicator yang lain, dengan cara ini kita dapat kurangkan lagi false signal kerana selagi tidak cukup syarat kita tidak perlu entry, pada masa yang sama anda dapat kurangkan loss anda.

Sebagai contoh menggunakan indicator MACD bersama Alligator.

Setting untuk MACD adalah:

Fast EMA 12

Slow EMA 26

MACD SMA 1

Kita akan menggunakan setting default untuk alligator.

Chart anda patut kelihatan seperti di atas.

strategy ini mudah sahaja bila MACD histogram berada di bawah paras zero line itu menunjukkan bearish jadi apa kita perlu tunggu ialah indicator alligator menunjukkan downtrend.

Lagi satu kelebihan strategy ini adalah bila incdicator alligator sedang tidur tetapi MACD masih berada di bawah zero line ini menunjukkan yang market masih lagi bearish.

Untuk buy setup pulak MACD histogram perlu berada di atas zero line dan indicator alligator menunjukkan uptrend.