MOVING AVERAGE STRATEGY

Ada banyak strategy yang menggunakan moving average di luar sana, tapi saya hanya akan senaraikan 3 sahaja untuk kekal simple.

Tiga strategy ini antara yang mudah, simple dan banyak digunakan trader.

Ini dia tiga strategy moving average yang anda boleh guna.

1) Guna moving average untuk menentukan arah trend market.

Kebanyakkan trader akan gunakan moving average untuk menentukan arah trend market. 

Period yang kerap digunakan oleh trader untuk menentukan arah trend market dalam jangka masa panjang adalah 50, 100 dan 200.

Lihat gambar di atas ada 3 line berwarna biru, kuning dan hitam.

Biru adalah 50 SMA, kuning adalah 100 SMA dan hitam adalah 200 SMA.

Strategy dia mudah sahaja, sekiranya semua line SMA tersusun ikut urutan dari bawah ke atas, 200, 100 & 50 pada masa yang sama market berada di atas kesemua SMA tersebut itu bermakna market sedang berada dalam uptrend.

Sekiranya moving average tersusun 50, 100 & 200 pada masa yang sama market berada di bawah semua level simple moving average tersebut itu bermakna market sedang berada dalam downtrend.

Jika line moving average mendatar dan bersilang antara satu sama lain itu bermakna market sedang berada dalam sideways dan di nasihatkan untuk tidak trade pair tersebut ketika sedang sideways.

2) Guna moving average sebagai support and resistance.

Cara lain anda boleh menggunakan moving average adalah guna sebagai support dan resistance, cuma beza dia daripada support dan resistance yang tradisi adalah ianya bukan terhasil dari garis yang lurus.

Support dan resistance yang tradisi terhasil dengan horizontal line tetapi disebabkan moving average bergerak menggikut pergerakkan harga ianya lebih flexible.

Gambar di atas menunjukkan yang harga berada di atas moving average dan setiap kali harga sentuh moving average tersebut ia bertahan sebagai support.

Ini adalah contoh untuk resistance, bila harga berada di bawah moving average dan apabila market sentuh moving average itu ianya bertahan sebagai resistance.

Tapi kalau anda cuba back test anda akan terjumpa banyak false breakout berlaku.

Kalau anda lihat gambar contoh ini tunjuk yang market sudah break dari moving average itu beberapa kali tapi kemudian dia masih sambung turun, jadi macam mana nak selesaikan masalah ini?

Saya panggil cara ini double moving average, baca nama dia pun dah tahu maksud dia kan, kita akan guna 2 moving average berbanding satu.

Kali ini kita tambah 20 SMA di chart, dan kalau anda lihat kita dapat buang false breakout tersebut sebab harga masih belum break 20 SMA.

Boleh anggapkan ruang antara 10 SMA dan 20 SMA itu sebagai “Zone”.

Contoh untuk uptrend market.

3) Moving Average Crossover

Moving average crossover biasanya digunakan trader untuk melihat sama ada trend market akan mula berubah arah.

Signal ini berlaku apabila 2 moving average mula silang antara satu sama lain yang menunjukkan market berkemunkinan akan mula berubah arah.

Gambar di atas menunjukkan contoh bullish crossover, apabila 12 simple moving average silang dari bawah ke atas 21 simple moving average.

Bila situasi ini berlaku ianya memberi signal yang market berkemunkinan akan mula berubah arah.

Kalau 12 SMA bersilang dengan 21 SMA dari atas ke bawah ianya adalah signal bearish.

Walaupun ianya kelihatan macam mudah tapi akan ada waktu anda akan jumpa situasi macam ini.

Anda boleh nampak yang dengan hanya trade dengan menggunakan strategy ini sahaja tidak cukup, akan ada masa dimana market banyak bagi false signal.

Sebab itu anda tidak boleh hanya bergantung dengan satu teknik ini sahaja, anda perlu gabungkan dengan teknikal analysis dan indicator yang lain di dalam analysis anda.

TIPS

Anda tidak semestinya guna setting period yang seperti di atas.

Anda boleh cuba untuk ubah-ubah setting period moving average tersebut kerana dalam indicator ini tiada benda seperti “golden setting”

Anda kene banyak try and error untuk jumpa angka period yang berkesan dan sesuai.