Back to: Belajar Forex Trading(Forex Simple Course)
Moving average atau MA adalah trend indicator, moving average juga diantara indicator yang paling digunakan oleh trader sama ada professional atau pun beginner kerana ianya amat simple.
Indicator moving average ini menggira dan menunjukkan average pergerakkan harga dalam tempoh yang tertentu.
Gambar di atas menunjukkan moving average apabila sudah di plot di chart. Simple saja kan hanya ada satu garisan.
Cara Plot Moving Average Ke Chart
Untuk plot indicator moving average ke chart anda boleh ke window navigator di metatrader 4 dan cari moving average, klik kiri dan drag sampai ke chart.
Atau anda boleh juga click icon indicator dan pergi ke Trend —> Moving Average
Kemudian akan muncul satu window. Di window ini kita boleh ubah setting MA seperti period, color, method dan line, etc. dan tekan OK.
Jenis jenis moving average
Terdapat 4 jenis method moving average, simple moving average, exponential moving average, smoothed dan linear weight.
Kita hanya akan fokus di simple moving average dan exponential moving average kerana ini adalah 2 method yang paling biasa digunakan, anda boleh je cuba yang lain dan tengok perbezaan antara kesemua jenis MA tersebut.
Simple Moving Average
Simple moving average atau SMA bermaksud ia menggambil paras harga tutup sebelumnya dan memberi kiraan jangkaan gerakkan harga akan datang.
Contoh, kalau anda trade guna time frame 1 hour dengan menggunakan moving average period 10, jadi ia akan amik paras harga tutup(Closing Price) 10 jam sesi trading yang lepas campurkan kesemuanya sekali dan bahagi dengan period dalam contoh ini ianya adalah 10, formula inilah terhasilnya simple moving average.
Anda tidak perlu tahu pun formula dia kerana indicator itu akan tolong kirakan untuk kita.
Exponential Moving Average
Exponential moving average atau EMA menggunakan paras harga yang terbaru untuk memberikan purata anggaran gerakkan harga.
Simple Moving Average vs Exponential Moving Average
Jadi apa beza antara EMA dan SMA tengok gambar macam sama je kan.
Walaupun kelihatan seperti sama sahaja tetapi exponential moving average lebih sensetif kepada perubahan pergerakkan harga berbanding simple moving average.
[adrotate group=”2″] |
Jadi yang mana lagi bagus?
Dua dua ada kelebihan dan kekuranggan dia…
SMA – Kelebihan Simple Moving Average mungkin kurangnya berlaku false signal, tetapi signal untuk buy atau sell lagi lambat kerana pergerakan simple moving average lebih perlahan.
EMA – kelebihan Exponential Moving Average dapat beri signal buy atau sell dengan lebih cepat, tetapi boleh berlaku banyak false signal kerana ia lebih sensetif dan mudah mengikut pergerakan harga.
Anda perlu mencuba dan cari cara apa yang sesuai dengan anda.
Ada juga trader yang gabung guna kedua-duanya sekali.