PARABOLIC SAR

Parabolic SAR adalah trend indicator. Indicator ini berupa titik bulat di bawah dan di atas harga.

Nama penuh parabolic SAR adalah parabolic stop and reverse. Di cipta oleh J. Welles Wilder, indicator ini direka untuk membantu trader tahu bila trend tamat.

Sekiranya titik parabolic berada di bawah price itu bermakna market sedang bullish trend.

Jika titik parabolic berada di atas price itu bermakna market sedang berada di dalam bearish trend.

Indicator parabolic SAR ini bagus digunakan bila market sedang berada dalam trending sahaja.

Apabila market berada dalam sideways indicator ini akan banyak memberikan false signal.

Cara Guna Parabolic SAR

Ada sesetenggah trader guna indicator parabolic SAR sebagai entry point, tetapi saya paling sarankan menggunakan parabolic SAR sebagai exit point.

Sebagai contoh, chart di bawah menunjukkan yang parabolic SAR berada di bawah price yang bermaksud market sedang membuat up trend jadi kita semestinya mahu membuka position buy.

Selepas kita sudah membuat analysis dan menggambil keputusan untuk membuka position, untuk contoh ini di arrow hitam.

Sekarang kita nak tahu bila waktu untuk tutup posisi kita.

Apa yang kita perlu tunggu adalah sehingga parabolic SAR mula berubah kedudukan dari bawah harga tukar ke atas harga bila situasi ini berlaku kita boleh close position buy kita.

Mesti anda terfikir bukan ke dah ada parabolic SAR dah berubah lebih awal kenapa kita tidak close posisi trade kita di situ.

Ini sebab kita mahu sekurang-kurangnya ada 3 atau 4 titik parabolic SAR berada di atas sekiranya hanya ada 1 atau 2 titik sahaja itu bermaksud market hanya retrace dan kita mahu biarkan posisi trade kita masih dibuka.

Situasi yang sama sekiranya market downtrend.

Selepas membuat analysis dan sudah membuka posisi trade, kita hanya tunggu hingga sekurangnya 3 atau 4 titik parabolic SAR berubah dari atas ke bawah.

Guna Parabolic SAR Sebagai Stop Loss

Anda boleh gunakan parabolic untuk tahu di mana area untuk kita letak stop loss kita.

Kita akan guna contoh chart yang sama untuk contoh buy tadi.

Kalau kita buka posisi buy, kita boleh letak target untuk stop loss kita di bawah satu atau dua titik parabolic sar.

Kalau kita buka posisi sell pula, kita boleh letak stop kita 1 atau 2 titik di atas parabolic sar.