PENGENALAN KEPADA CARTA TRADING

Sebagai trader kebanyakan masa kita akan diguna untuk melihat carta. Carta pasaran menunjukan maklumat tentang pergerakan harga dan daripada hasil pergerakan yang dipaparkan pada carta tersebut kita akan membuat ramalan tentang kemana arah harga mungkin akan pergi.

Bukan sahaja carta digunakan untuk meramal arah pergerakan harga, tapi ia juga dapat bantu trader untuk membuat keputusan bila dan dimana kawasan yang sesuai untuk buka dan juga tutup posisi trade mereka.

Terdapat banyak jenis rupa bentuk carta tetapi hanya 3 jenis yang paling biasa digunakan kebanyakan trader. Di bawah adalah 3 jenis rupa bentuk carta yang trader akan biasa jumpa.


Pengambilan Utama

  • Carta adalah sebuah paparan yang menunjukkan tentang sekarah pergerakan harga dalam bentuk yang lebih mudah untuk dilihat dengan mata.
  • Paparan carta mempunyai dua dimensi, satu menunjukan paras harga dan satu lagi menunjukan waktu serta tarikh.
  • Dengan melihat carta trader dapat membuat keputusan di mana dan juga bila untuk buka atau tutup posisi trade mereka.
  • Terdapat banyak jenis chart diluar sana tapi 3 jenis yang paling baisa digunakan adalah Line Chart, Bar Chart dan Candlestick.
  • Candlestick adalah jenis paparan carta yang paling digemari kebanyakan trader.

Line Chart

Contoh Rupa Line Chart MT4
Paparan Line Chart

Di atas adalah contoh gambar menunjukan rupa line chart.

Line chart adalah rupa bentuk carta yang paling asas dan ianya adalah rupa bentuk paparan chart yang pertama sekali dicipta.

Ia mewakili lengkung yang menunjukan harga penutup pada tempoh masa tertentu. Lengkungan garis berlaku dengan mencantumkan garis dari satu harga penutup ke harga penutup yang seterusnya.

Apa yang anda perlu ingat adalah setiap carta akan memaparkan 2 dimensi, di belah kanan dan bawah.

  1. Dimensi belah kanan akan tunjuk paras harga.
  2. Dimensi di bawah akan memaparkan waktu dan tarikh.

Bar Chart

Contoh Bar Chart MT4

Bar chart memaparkan kepada kita dengan lebih banyak maklumat tentang apa yang berlaku dalam pasaran pada tempoh waktu tertentu. Maklumat yang bar chart kongsi adalah dikenali sebagai OHLC iaitu Open, High, Low dan Close.

Tidak seperti line chart dimana hanya memaparkan paras dimana harga tutup sahaja. Dengan bar chart mereka tunjuk dimanakah paras harga tertinggi pada tempoh waktu itu dan dimana paras harga terendah pada waktu tersebut.

Apabila saya sebut “waktu”, maksud saya adalah tempoh waktu sesi trading.

Setiap bar itu mewakili satu jangka masa tempoh trading, contoh jika anda trade di time frame 5 minit itu bermakna setiap 1 bar itu mewakili tempoh masa 5 minit trading. Kalau anda trade pada time frame 1 jam, maka setiap 1 bar itu persamaan dengan 1 jam tempoh trading.

Cara Baca Bar Chart

Bar Chart
Cara Baca Bar Chart
  • High – Menunjukkan paras harga tertinggi pada tempoh trading.
  • Low – Menunjukkan paras harga terendah pada tempoh trading.
  • Open – Dimana paras harga buka.
  • Close – Dimana paras harga tutup.

Sekiranya paras “close” berada di atas paras “open” itu bermaksud dalam tempoh masa satu bar itu harga bergerak menaik atau bullish. Jika close berada di bawah open itu menunjukan harga menurun atau bearish dalam tempoh waktu trading tersebut.

Candlestick Chart

Rupa Chart Candlestick
Rupa Candlestick

Candlestick mempunyai ciri-ciri yang sama seperti bar chart, ia menunjukan paras OHLC dalam tempoh jangka waktu trading tersebut. Apa yang berbezanya adalah ia dipaparkan dalam gaya bentuk yang lebih segak dan lagi mudah untuk dilihat pada mata.

Ramai trader lebih suka gunakan candlestick sebagai rupa bentuk carta mereka kerana ia lebih mudah untuk dilihat.

Setiap satu candlestick itu mewakili satu tempoh masa trading, jika anda trade di time frame 1 jam, maka setiap 1 candlestick yang anda lihat di carta menceritakan tentang apa yang berlaku dalam pasaran untuk tempoh 1 jam.

Cara Baca Candlestick

cara baca candlestick
Baca Candlestick

Sama seperti Bar chart, candlestick menunjukan maklumat tentang OHLC dan paras diantara open dan close dipanggil sebagai body candlestick.

Kadang-kadang anda akan ada dengar trade panggil kawasan shadow candle sebagai “wick” atau “tail“. Apabila anda dengar sahaja dua perkataan itu mereka rujuk kepada shadow candlestick.