PENGGENALAN KEPADA CANDLESTICK

Gambar di atas menunjukkan rupa bentuk candlestick di chart.

Candlestick mempunyai ciri-ciri yang sama seperti bar chart ia menunjukkan high, low, open dan close, tetapi dengan rupa yang lebih segak dan mudah untuk dibaca.

Candlestick adalah antara charting yang paling famous dan digunakan oleh kebanyakkan trader tak kesah sama ada professional atau pun beginner kerana ianya mudah untuk dibaca.

Setiap satu candlestick mewakili satu jangka masa tempoh trading, contoh katakan anda trade di time frame 60 minit jadi setiap 1 cs(candlestick) itu mewakili 60 minit tempoh masa trading, kalau anda trade di 4 hour time frame jadi setiap satu candle itu persamaan empat jam tempoh trading dan seterusnya.

Apa yang anda perlu ingat adalah setiap candlestick ada ceritanya tersendiri.

Kalau anda trade time frame 1 hour, setiap satu candlestick itu menunjukkan apa yang berlaku di market dalam tempoh trading 1 jam itu.

 

Apa candlestick dapat tunjukkan kepada kita adalah high, low, open dan close untuk satu tempoh trading tersebut.

High – Menunjukkan paras harga tertinggi pada tempoh trading atau juga dikenali sebagai upper shadow.

Low – Menunjukkan paras harga terendah pada tempoh trading, juga dikenali sebagai lower shadow.

Open – Dimana paras harga dibuka.

Close – Dimana paras harga ditutup.

Paras antara open dan close dipanggil sebagai body.

Sekiranya candlestick tersebut close di atas paras harga open itu menunjukkan bullish.

Sekiranya candlestick tersebut close di bawah paras harga open itu menunjukkan bearish.

<Fun Fact> Lower shadow dan upper shadow biasanya dipanggil sebagai “Wicks”