Penggenalan Kepada Crypto Analysis

Sebelum kita mula saya ingin katakan didalam course ini saya tidak akan masuk ke semua topik berkenaan teknikal analysis dengan begitu mendalam. Saya akan kongsikan topik asas yang anda perlu tahu dalam teknikal analysis.

Apabila anda sudah tamatkan bahagian ini anda akan belajar:

  • Apa Itu Candlestick
  • Apa itu Support dan Resistance
  • Jenis-jenis chart pattern
  • Cara asas penggunaan teknikal indicator

Tapi jika anda masih berminat untuk belajar lagi topik teknikal analysis ini dengan lebih mendalam, anda boleh lihat course lagi satu berkenaan forex trading. Di dalam course ini saya sudah kongsikan banyak benda yang anda perlu tahu berkenaan teknikal analysis dan anda akan belajar topik ini dengan lebih mendalam.

Walaupun course tersebut saya gunakan forex sebagai contoh, tapi konsep tetap sama saja anda boleh gunakan konsep teknikal analysis dari course tersebut dan gunakannya di dalam pasaran cryptocurrency. Jika anda berminat boleh lihat Forex Simple Course di bahagian 9 dimana saya terangkan tentang teknikal analysis, bahagian 10 adalah topik berkenaan trading indicator.

Satu lagi course saya sarankan untuk anda lihat, course berkenaan Trader Mindset dan Psikologi. Ramai trader sangkakan trading ini lebih kepada teknik tetapi sebenarnya trading psikologi lebih penting, cara kita kawal emosi kita ketika trading menentukan sama ada kita akan berjaya atau gagal.

Jangan risau kesemua course yang saya kongsikan di atas adalah 10,000% percuma anda tidak perlu bayar RM0.01 sen pun. Bila anda sudah tamatkan course cryptocurrency ini dan ingin selam lebih mendalam tentang topik trading dan teknikal analysis saya sarankan untuk anda sertai 2 course tersebut.

Ok itu saja yang saya ingin kongsikan sekiranya anda ada soalan boleh saja post di ruang forum kami. Mari kita topik seterusnya dimana kita akan belajar tentang candlestick.