Penggenalan Kepada Elliott Wave

 

Sedikit sejarah tentang Elliott Wave dan siapa sebenarnya Elliott ini.

Ralph Nelson Elliott lahir pada tahun 1871, berasal dari Amarika Syarikat, beliau adalah seorang accountant dan juga penulis.

Mendapat inspirasi daripada Dow Theory beliau kaji pasaran saham dan mendapati yang market memang bergerak dalam “Wave” dan apa yang beliau jumpa juga adalah pergerakan pasaran saham boleh diramal.

Elliott menyimpulkan bahawa pergerakan pasaran saham boleh diramalkan dengan memerhatikan dan mengenal pasti corak “Wave” yang sentiasa berulang dalam pasaran.

Tahun 1930 Elloitt mula mengkaji lebih lagi tentang perjumpaan tersebut dengan menggunakan data pasaran saham untuk tempoh 75 tahun yang lepas. Kene ingat pada tahun itu tiada lagi komputer jadi semua kerja yang di lakukan oleh beliau adalah dalam bentuk manual.

Pada tahun 1938 beliau telah menerbitkan sebuah buku bernama “The Wave Principle” di mana beliau berkongsi kepada orang ramai tentang perjumpaanya. Ini bermaksud Elliott mengkaji tentang “Wave” ini selama 8 tahun sebelum beliau kongsikan kepada orang ramai.

Elloitt Wave Analysis Di Dalam Pasaran Forex

Walaupun pada asalnya Elliott kaji Wave ini di pasaran saham tetapi ianya juga boleh digunakan di pasaran lain seperti saham, komoditi, matawang crypto & indeks.

Jadi analysis Elloitt Wave ini boleh di gunakan di pelbagai jenis market yang lain.

Elliott Wave Theory

Secara asasnya Elliott menggatakan pergerakan market yang menggikut arah trend mempunyai 5 wave atau nama lain “Motive Wave”, manakala untuk pergerakan yang tidak menggikut arah trend market ianya di panggil sebagai “Corrective Wave” atau mungkin anda pernah dengar trader kata “Correction” ianya benda yang sama.

Untuk correction daripada ada 5 wave seperti motive wave, Elliott menggatakan corrective wave ada 3 wave.

Lebel wave untuk market yang menggikut arah trend adalah 1,2,3,4, dan 5.

Lebel untuk wave corrective atau correction pula adalah dalam bentuk A,B dan C.

Kedua-dua pattern ini boleh dijumpai di time frame besar mahupun kecil.

Jika anda lihat gambar contoh tadi market sedang bergerak dalam motive wave ke atas itu bermaksud market sedang berada dalam uptrend.

Wave 1, Wave 3, dan Wave 5 adalah pergerakan yang menggikut arah trend market.

Manakala Wave 2, Wave 4, Wave A dan Wave C pula bergerak dengan melawan arah trend market.

Fakta: Motive wave boleh juga di panggil sebagai impulse.