fbpx

PENGGENALAN KEPADA FUNDEMENTAL ANALYSIS

Fundemental analisis adalah kajian tentang berita ekonomi global dan berita-berita lain yang boleh mempengaruhi forex market, seperti sebarang peristiwa berita, pengumuman ekonomi, perubahan dasar persekutuan, dan munkin yang paling penting sekali dalam forex market adalah kadar faedah atau lebih dikenali sebagai interest sebuah negara.

Tujuan analisis fundemental adalah untuk melihat sama ada ekonomi semasa atau masa depan sesebuah ekonomi tersebut adalah kukuh.

Jika sesebuah ekonomi itu kuat ia akan menarik lebih ramai pelaburan asing dan perniagaan, ini bermakna orang asing perlu membeli atau menukar mata wang ke mata wang negara tersebut untuk melabur atau memulakan perniagaan di negara tersebut.

Pada asasnya semuanya terletak di supply and demand (bekalan dan permintaan), jika sebuah negara tersebut mempunyai ekonomi yang kuat, kadar permintaan untuk mata wang negara tersebut akan meningkat yang akan menjadi kekuranggan bekalan dan nilai mata wang negara tersebut akan meningkat.

Contoh sekiranya ekonomi negara Jepun semakin mengguat, Japanese Yen akan menaik berbanding mata wang negara lain.

Sebab utama kenapa mata wang sebuah negara menjadi lebih berharga apabila ekonominya mengukuh adalah kerana negara tersebut biasanya akan menaikkan kadar faedah(interest) untuk mengawal perkembanggan dan inflasi negara.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan menarik lagi ramai pelabur asing untuk membeli mata wang negara tersebut dalam contoh ini Japanese Yen.

Close Menu
error: Tidak Boleh Copy !! Boleh Share Link URL Sahaja :-)