Pengenalan Kepada Pelaburan Cryptocurrency

Di bahagian ini kita akan belajar tentang cara untuk invest ke dalam cryptocurrency. Sekarang ini kita sudah tahu tentang apa itu blockchain dan macam mana cryptocurrency ini beroperasi, jadi macam mana kita mahu tahu sama ada projek sebuah crypto tersebut akan berjaya ataupun gagal?

Untuk ketahui jika projek itu akan berjaya atau tidak kita perlu membuat sedikit kajian fundamental analysis. Fundamental analysis bermaksud kita membuat kajian berdasarkan laporan tentang projek crypto tersebut berbanding teknikal analysis kita lebih kepada melihat chart untuk melakukan analysis.

Disebabkan industry crypto ini masih baru masih tiada cara yang betul-betul 100% sentiasa berjaya apabila membuat analysis fundamental. Sebagai contoh jika di dalam pasaran saham kita boleh tentukan sama ada syarikat tersebut adalah sebuah syarikat yang bagus dengan melihat laporan kewangan mereka seperti penyata kewangan, penyata imbangan dan penyata aliran tunai untuk syarikat tersebut.

Cryptocurrency sedikit berbeza kerana ia bukan sebuah syarikat. Tetapi masih juga ada cara untuk kita asingkan sebuah projek crypto yang bagus dari yang kurang bagus.

Di bahagian ini anda akan belajar:

  • Apa itu white paper dan cara baca white paper
  • Cara Kaji Crypto dari segi fundamental analysis
  • Initial Coin Offering(ICO)
  • Alat-alat yang boleh membantu kita dalam pelaburan cryptocurrency

Jika anda sudah bersedia, jumpa anda di topik seterusnya.