Apa itu Pip dan Piptette Dalam Forex

Anda pernah dengar trader sebut “pips”. Kalau pernah mesti anda terfikir apa maksudnya atau dalam minda anda munkin terfikir “bahasa apa diorang cakap ni”.

Jangan risau di bahagian ini saya akan terang apa maksud pips dan pipette.

Pastikan anda paham tentang pips, penggetahuan ini wajib diketahui sebagai trader.

 

Apa Sebenarnya Pip?

Pip adalah unit kiraan untuk menyatakan perubahan nilai dalam sebuah pair matawang.

Contoh sekiranya pair EUR/USD bergerak dari 1.2400 ke 1.2401, itu bermaksud nilai kenaikkan adalah 0.0001 SATU PIP.

Kebanyakkan currency pair biasanya menggunakan 4 perpuluhan, satu pip = 0.0001. Tapi untuk pair Japanese Yen ia menggunakan dua perpuluhan (0.01).

 

PIPETTE

Ada sesetenggah broker yang menggunakan 5 perpuluhan ia dikenali sebagai pipette atau point.Contoh pair USD/CAD berubah dari 1.30016 kepada 1.30017, itu bermaksud nilai kenaikkan sebanyak 0.00001 atau 1 pipettes atau 1 point dan setiap 10 pipettes atau 10 point adalah persamaan dengan 1 pip.