Public and Private Keys

Apabila kita guna wallet crypto kita akan terima private key dan public key.

Public key ini adalah untuk kita terima crypto. Public key ini kita akan kongsikan kepada orang lain apabila kita mahu menerima crypto.

Untuk private key pula kita tidak boleh kongsi kepada orang lain kerana private key ini ibarat kunci kepada peti simpanan kita, jika orang lain mempunyai kunci yang sama mereka boleh buka peti besi dalam situasi ini wallet cryptocurrency.

Sekiranya kita kehilangan private key kita tidak akan dapat masuk ke wallet tersebut selamanya.

Ini adalah perkara asas yang anda perlu tahu tentang private key dan juga public key. Tapi kalau anda adalah seorang jenis teknikal dan ingin tahu lebih mendalam lagi tentang topik ini, anda boleh lihat website ini dimana mereka terang tentang keys dan address dalam crypto wallet.