REVIEW & BONUS

[2] Review & Bonus

– Review

Cara ini mudah saja anda hanya perlu pergi ke google dan letak nama broker pilihan anda dan tambah ayat “review” untuk tengok apa kata orang tentang broker tersebut.

Kalau review semuanya nampak ok jadi ok la broker tersebut, tetapi kalau ramai orang cakap ada masalah seperti windraw ambil masa lama saya sarankan anda berhati-hati dengan broker tersebut.

Cara lain anda boleh sahaja pergi ke forum wira trader dan cari topic tentang broker, atau klik sahaja di sini dan anda boleh tanya soalan tentang broker sama ada ianya ok atau banyak masalah.

– Bonus

Bergantung kepada broker tersebut ada yang offer bonus ada yang tidak tetapi selalunya akan ada broker yang menawarkan bonus dan bonus yang ditawarkan akan berbeza di setiap broker tetapi ada 3 bonus yang biasa ditawarkan pihak broker.

A) Non Deposit Bonus

Non deposit bonus atau NDB adalah bonus yang pihak broker tawarkan kepada pelanggan baru mereka. Dengan non deposit bonus ini anda tidak perlu deposite duit kepada broker tetapi broker akan berikan ke dalam akaun anda sebagai support margin.

Anda tidak boleh keluarkan duit tersebut tetapi profit yang anda trade menggunakan bonus tersebut boleh withdraw. Selalunya akan ada syarat yang ditetapkan oleh broker untuk withdraw profit tersebut, anda boleh hubungi broker itu untuk tanya apakah syarat-syarat kelayakkan untuk withdraw bonus NDB.

B) First Deposit Bonus

First deposit bonus itu seperti namanya katakan bonus untuk deposit pertama anda.

Bergantung juga kepada broker yang anda pilih ada yang menawarkan 50% bonus, ada 60%, ada juga 100% yang maksud kalau anda deposit sebanyak $100 buat kali pertama anda akan terima bonus $100 ke dalam akaun anda sebagai support margin.

C) Recurring Deposit Bonus

Bonus ini untuk setiap kali anda deposit selepas deposit pertama anda. Kebiasaan broker akan menawarkan 25% recurring deposit bonus dan deposit tersebut akan di kreditkan ke akaun anda sebagai support margin.