SCALING OUT

Scaling out ini bagus untuk diamalkan oleh trader sekiranya mereka mempunyai banyak aras sasaran take profit atau jarak take profit mereka terlalu jauh.

Ia dapat memaksimakan keuntungan trader dalam setiap posisi trade yang diambil jika dilakukan dengan betul.

Mari kita lihat bagaimana caranya.

Apa Itu Scaling Out

Dalam forex trading scaling out ini bermaksud kita akan mengambil sedikit keuntungan daripada posisi trade yang sedang berada dalam keuntungan tanpa menutup posisi trade itu secara menyeluruh.

Sebagai contoh, katakan anda ada posisi trade aktif di pair EUR/AUD dengan saiz sebesar 0.10 lot dan posisi ini sedang berada dalam keuntungan mungkin ia telah sampai ke aras take profit pertama.

Daripada ingin tutup posisi trade itu secara keseluruhan(0.10 lot), mungkin kerana anda yakin harga boleh bergerak hingga ke paras sasaran TP kedua tapi anda tidak mahu ambil risiko tinggi kerana takut harga akan berubah arah dan anda hilang semua keuntungan yang sedang ada.

Tapi jika tutup posisi itu terlalu awal, terdapat potensi anda akan terlepas membuat keuntungan tambahan jika harga bergerak lebih jauh.

Apa yang anda boleh buat ialah dengan menutup separuh dari jumlah lot saiz yang dibuka, dalam contoh ini separuh dia adalah 0.05 lot.

Dengan tutup separuh daripada 0.10 lot, itu bermakna anda telah ambil keuntungan sebanyak 0.05 lot dan lagi 0.05 lot itu anda akan biar ia berjalan jika harga sampai ke kawasan take profit kedua.

Bukan itu saja dengan masa yang sama, anda juga telah tetapkan paras break even.

Sekiranya harga gagal untuk sampai ke kawasan take profit kedua sekalipun, anda tidak mempunyai sebarang pendedahan risiko kerana anda sudah ambil separuh keuntungan dan juga tetapkan aras BE.

Dalam erti kata lain, posisi trade tersebut sudah menjadi “bebas dari risiko”. Inilah keindahan apabila anda laksanakan pengurusan posisi trade dengan betul, ia akan kurangkan risiko terhadap pasaran dan juga memaksimakan potensi keuntungan anda.

Cara Scaling Out(Metatrader)

Jika anda trade mengunakan platform MT4 di komputer, ini adalah cara untuk menutup serpihan posisi lot yang dibuka.

Satu perkara anda perlu ingat adalah, untuk membuat scaling out saiz lot minima adalah 0.02 jika anda buka lot saiz 0.01 anda tidak boleh tutup separuh dengan jumlah itu.

Cara Untuk Scaling Out

Lihat paparan terminal dan pilih posisi trade yang mana anda ingin tutup separuh posisi dengan klik kanan pada tetikus dan pilih “Modify or Delete Order”.

Selepas itu akan muncul paparan baru untuk anda ubah posisi trade yang dipilih. Di sini anda perlu ubah “Modify Order” kepada “Market Execution”.

Langkah terakhir adalah, letak jumlah lot yang anda ingin tutup dan tekan butang “Close”.

Sebagai contoh, jika jumlah saiz lot yang dibuka adalah 0.10 dan anda ingin tutup separuh, maka letak 0.05, kalau anda ingin tutup kurang atau lebih dari nilai itu pun boleh.

Scaling Out Di MT4 Phone

Scaling Out MT4 Mobile

Untuk aplikasi metatrader 4 di telephone pula ini adalah langkah-langkahnya. Mula dengan pilih posisi mana yang anda ingin tutup separuh lot dan tekan pesanan itu untuk 3 saat dan akan muncul paparan baru dan pilih “Close order”.

Pilih berapa lot yang anda ingin tutup dan tekan butang “Close With Profit” di bawah.

Amalan Baik Untuk Scaling Out

Saranan saiz untuk tutup adalah sekitar 70 peratus daripada jumlah lot saiz yang dibuka tapi jika ingin tutup kurang dari itu tiada masalah cuma disarankan untuk tutup sekurang-kurangnya 50 peratus dari jumlah lot saiz yang dibuka.

Contoh kalau jumlah lot saiz yang dibuka adalah 0.50 lot, maka minima yang disarankan untuk ambil keuntungan adalah 0.25 lot atau lebih.

Kesimpulan

Scaling out adalah cara yang terbaik untuk memaksimakan potensi keuntungan kita dalam setiap posisi trade tanpa berasa tamak.

Dengan menutup sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah lot yang dibuka dan tetapkan break even pada masa yang sama, dapat bantu kurangkan rasa takut terhadap pasaran.