SIAPA TRADE FOREX MARKET & KENAPA

Jadi siapa yang trade dan melabur di dalam forex market ini?

Kerajaan

Bank pusat negara memainkan peranan besar di dalam forex market. Mereka boleh mengubah nilai mata wang negara dengan menggawal bekalan mata wang, inflation dan interest rate.

 

Bank 

Sesetenggah bank melabur berbillion dollor sehari ke dalam forex market. Kebanyakkan bank melabur untuk pelanggan mereka dan mereka akan memberikan sesuatu yang dipanggil “dividend” setiap tahun kepada pelanggan mereka.

 

Syarikat

Pihak syarikat perlu menukarkan mata wang untuk membayar baranggan ataupun service dari negara luar, contoh syarikat di Amarica perlu menukarkan mata wang U.S Dollor ke Japanese YEN untuk menjalankan transaksi perniagaan mereka dengan syarikat di Jepun.

Pertukaran mata wang yang dilakukan oleh pihak syarikat memainkan peranan juga di dalam forex market.

 

Hedge Funds

Hedge Funds adalah dana yang dikumpulkan dari individu atau pelabur institusi dan modal yang terkumpul tersebut di laburkan ke dalam pelbagai aset lain seperti forex, saham, futures, bond, dan macam-macam lagi.

Hedge Funds menggawal dana dari jutaan hinggalah billion U.S dollor.

 

Persendirian

Pernah tak anda tukar mata wang ke mata wang negara lain sama ada di bank, money exchange atau di lapanggan terbang?

Jika pernah itu bermakna anda sudah terlibat dalam foreign exchange tanpa anda sedari.

 

Syarikat Pelaburan

Syarikat pelaburan adalah sebuah syarikat yang perniagaan utamanya memegang dan menguruskan sekuriti untuk tujuan pelaburan.

Syarikat pelaburan melabur wang bagi pihak klien mereka yang, sebagai balasan, berkongsi keuntungan dan kerugian.

 

Retail Forex Trader

Retail trader adalah seperti saya dan anda. Sebelum ini orang ramai tidak dapat trade forex market hanya pihak bank, kerajaan dan syarikat saja.

Tetapi selepas munculnya internet, ianya memudahkan untuk retail trader mula trading ke dalam market forex.