Skim-Skim Scam Cryptocurrency

Teknik-teknik Scam Cryptocurrency

Ini adalah senarai teknik scammer crypto biasa gunakan. Berdasarkan laporan daripada Federal Trade Commission (FTC) ianya dianggarkan dalam $80 Juta USD telah berjaya dibawa lari oleh scammer crypto hanya di U.S sahaja pada tahun Oktober 2020 hingga May 2021.

Di bahagian ini kita akan lihat apa teknik yang biasa dan kerap digunakan oleh scammer ini dan macam mana kita boleh elak dari menjadi mangsa penipu crypto.

– Skim Pelaburan

Mungkin antara semua jenis skim-skim penipuan dalam industri cryptocurrency, skim penipuan pelaburan adalah yang paling kerap dan kes paling tinggi yang berlaku.

Antara skim pelaburan yang paling banyak berlaku adalah HYIP atau nama panjang High Yield Investment Program. HYIP ini beroperasi seperti ini. Jika kita melabur dengan mereka kita akan dapat pulangan dalam 1% sehari, atau 10% dalam 7 hari etc.

Jika anda masih ingat lagi Bitconnet di mana kita sudah lihat sebelum ini. BitConnect adalah sebuah program HYIP di mana jika kita melabur dengan mereka kita mendapat pulangan yang spesifik dalam tempoh tertentu. Dan biasanya dalam program seperti ini akan ada benda yang di panggil sebagai pakej seperti Gold, Silver, Diamond, etc.

Mungkin nama pakej tersebut akan berbeza bergantung kepada program mana dan pencipta dia, tapi biasanya konsep dia tetap sama saja, bila kita melabur lagi tinggi pulangan kita pun lagi tinggi dan lumayan.

Sila berhati-hati juga ada orang atau iklan yang menawarkan program seperti ini kepada anda, program seperti ini sememangnya satu penipuan. Jika anda dengar pulangan yang spesifik seperti 0.5% atau 1% atau 2% sehari atau seminggu, kemungkinan tinggi itu adalah sebuah program HYIP dan program seperti ini biasanya tidak akan tahan lama kebiasaan dalam 3 hingga 6 bulan. Ada juga yang tahan dalam 1 ke 2 tahun seperti bitconnect, apa-apa pun mereka boleh lesap pada bila-bila masa tanpa kita duga.

Satu lagi tanda kita perlu berhati-hati adalah bila kita perlu bayar ke akaun bank. Ada sesetengah program ini akan terima bayaran secara online bankin dimana ia agak mencurigakan kerana program ini melibatkan crypto tapi kenapa bayaran perlu dalam bentuk duit.

Ada juga yang minta bayaran dalam bentuk crypto dimana saya tidak sarankan juga kerana jika bayaran dalam bentuk crypto lagi mudah untuk mereka hilangkan diri.

Apa-apa pun jangan sesekali sertai program seperti itu kerana mereka boleh hilangkan diri bila-bila masa saja bersama duit anda. Jika anda ada dengar je pulangan yang tetap terus jauhkan diri.

– Perkhidmatan Jual Beli Crypto

Skim kedua pula tidak begitu kerap tapi makin ramai juga menjadi mangsa iaitu perkhidmatan untuk beli crypto. Cara skim ini beroperasi adalah dengan ada individu yang memberikan perkhidmatan untuk anda beli crypto bersama mereka dimana bila buat saja pembayaran mereka terus hilangkan diri dan block no telephone di whatsapp atau facebook.

Apa yang teruk adalah biasanya mereka akan meletakan minimum jika mahu berurus niaga bersama mereka, ini boleh serendah beberapa ratus hingga ke ribuan ringgit. Saya sendiri pernah ada dengar dimana beliau telah ditipu sebanyak RM5000. Dimana individu tersebut katakan mereka akan belikan bitcoin untuk mereka, apa yang beliau perlu buat hanya transfer duit kepada akaun bank mereka.

Ada juga kes dimana jika anda mahu jual crypto, anda perlu hantar dahulu crypto tersebut kepada mereka untuk penggesahan. Jangan sesekali hantar crypto anda kepada orang yang anda tidak kenal.

Jadi sila berhati-hati jika ada individu yang katakan mereka boleh beli atau jual crypto bagi pihak kita. Biasanya urus niaga seperti ini berlaku secara online itu yang menjadikan lebih susah untuk kita jejak penjenayah tersebut.

Hanya lakukan urus niaga secara depan-depan ataupun menggunakan perkhidmatan yang boleh dipercayai seperti crypto exchange atau localbitcoins.

– Pump & Dump

Perkhidmatan pump & dump makin meluas ketika ini dimana banyak transaksi di dalam pasaran crypto berlaku disebabkan skim pump & dump lagi-lagi di coin dan token yang kecil.

Apa Itu Pump & Dump?

Pump & dump ini adalah sebuah kumpulan dimana sesiapa saja boleh sertai biasanya beroperasi di telegram dan tujuan group pump & dump ini adalah mereka akan berpakat ramai-ramai untuk membeli coin dan token yang kecil harganya dan kemudiannya apabila harga sudah naik mereka akan jual semua crypto tersebut dengan harapan semua orang dapat membuat keuntungan.

Kedengaran seperti seronok dan bijak tapi apa-apa benda yang dengar seperti terlalu bagus pasti ada muslihat disebaliknya.

Pertama sekali sebelum kita sambung saya perlu terang dahulu cara pasaran ini berfungsi. Jika anda tidak tahu macam mana duit ini bergerak dalam pasaran ini terangan yang mudah, setiap kali kita untung pasti akan ada yang rugi dan setiap kali kita rugi pasti ada individu yang untung.

Dalam program pump & dump ini bila kita untung pasti ada yang rugi dan bila kita rugi ada yang untung. Kebiasaan dalam group ini hanya ada segelintir individu yang akan tahu coin atau token apa yang mereka perlu beli dan bila.

Kata kunci adalah “bila”, dan biasanya individu yang tahu ini adalah admin dan manager group tersebut. Mereka akan bincang dahulu sesama mereka dan beli crypto tersebut lebih awal(biasnya beberapa hari lebih awal) berbanding yang lain.

Kemudian apa yang mereka buat adalah beri tahu kepada penggikut mereka yang ada dalam group untuk sama-sama beli crypto itu dan melonjakan harga, sedangkan mereka sudah beli awal-awal tanpa diketahui oleh orang lain.

Jadi bila harga sudah naik mereka(admin) akan mula menjual dan ambil keuntungan. Buat orang yang masuk lambat mereka akan alami kerugian. Mungkin ada juga yang untung sikit-sikit jika mereka betul-betul terus beli crypto tersebut selepas diberitahu.

Skim pump and dump

Tapi apa yang admin atau moderator group ini buat adalah gunakan orang ramai ini sebagai orang suruhan untuk naikan harga dan yang paling untung adalah mereka dan biasanya bila mereka mula jual, harga akan junam dengan laju kerana jumlah coin dan token yang mereka miliki sangat banyak dan orang lain tidak sempat untuk ambil keuntungan mereka kerana harga turun terlalu laju.

Kita semua dipergunakan oleh individu-individu tersebut untuk memberikan mereka keuntungan dan kita hanya dapat keuntungan yang kecil atau kemungkinan juga alami kerugian. Saya tidak pernah jumpa lagi orang yang berjaya sebab group pump & dump, yang kaya hanya admin group tersebut.

Sasaran crypto untuk skim Pump & Dump juga biasanya coin atau token dimana harganya dalam hanya beberapa sen atau lebih rendah daripada $0.01, ini untuk memudahkan orang ramai sertai skim ini untuk melonjakan harga crypto tersebut.

Sudah banyak juga crypto exchange yang telah melarang skim pump & dump. Nasihat saya jangan sertai group seperti ini kerana hanya akan membuang masa serta duit, yang kaya hanya admin dan segelintir individu. Kita hanya dipergunakan untuk mereka dapat hasil.

– Giveaway Scam

Skim give away mungkin antara cara yang paling simple tapi masih ramai juga yang menjadi mangsa kepada skim ini.

Cara skim ini beroperasi adalah individu penipu tersebut akan membuat satu profile baru biasanya akan guna gambar orang terkenal seperti artis dan menggatakan yang mereka sedang ada membuat giveaway apa yang kita perlu buat adalah hantar crypto ke wallet yang diberi dan dalam beberapa minit kita akan terima 2 kali ganda daripada jumlah yang kita hantar.

Mungkin ada yang terfikir takkan lah ada yang tertipu dengan skim seperti ini?

Ramai sebenarnya yang menjadi mangsa. Pada tahun 2020 ada berlaku pencerobohan yang besar berlaku di twitter dimana banyak akaun yang besar dan terkenal telah digondam seperti Apple Inc, Elon Musk, Bill Gates, Uber dan banyak lagi.

Apa yang pengondam itu buat adalah mereka akan post status seperti ini di profile akaun tersebut.

peristiwa twitter giveaway crypto scam

Sebanyak 320 rekod transaksi dilakukan ke wallet tersebut dalam bentuk bitcoin, pada harga ketika waktu itu ianya berjumlah dalam $110,000. Ramai orang terpedaya kerana akaun yang post giveaway adalah akaun rasmi syarikat serta individu tersebut, ini menyebabkan ramai orang tidak curiga berkenaan post itu.

Apa kita boleh belajar dari situasi ini adalah jangan terlalu mudah percaya dengan sesuatu perkara.

– ICO Scam

ICO bermaksud Initial Coin Offering, ianya adalah satu prosess apabila ada coin atau token baru yang akan dilancarkan ke dalam crypto exchange. Konsep dia sama seperti IPO(Initial Public Offering) dimana bila ada sebuah syarikat ingin senaraikan saham mereka kepada orang ramai di bursa.

Tetapi apa yang membezakan IPO dan ICO adalah dari segi keselamatan. Jika syarikat ingin melakukan IPO mereka perlu hantar dokumen yang diperlukan serta akan ada siasatan dilakukan dahulu sebelum mereka dibenarkan membuat IPO.

Untuk ICO sesiapa saja boleh melancarkannya, jika individu tersebut telah mencipta sebuah coin atau token baru, apa dia perlu buat adalah hanya memberi tahu pihak crypto exchange yang dia ingin meletakan coin dia di exchange tersebut dan umumkan tarikh pelancaran.

Kes ICO ini juga boleh dikaitkan dengan Pump & Dump. Apabila coin atau token tersebut sudah disenaraikan ke dalam exchange dan bila orang ramai sudah boleh membeli crypto tersebut ketika harga naik individu atau kumpulan yang mencipta crypto itu akan mula menjual kesemua coin mereka dan hilangkan diri.

Kenapa scam ICO ini berlaku?

Antara faktor kenapa skim ini kerap berlaku adalah kerana ianya mudah saja untuk orang cipta crypto sendiri. Sesiapa saja boleh mencipta crypto mereka tersendiri dan senaraikan crypto itu pada exchange. Dan biasanya ketika mereka cipta coin atau token, mereka akan menjadi pemegang terbesar dalam coin tersebut. Contoh jika jumlah coin yang boleh wujud adalah 1,000,000 sahaja tapi pencipta pegang dalam 200,000 coin itu bermaksud pencipta memegang dalam 20% bekalan crypto coin tersebut.

Bila ada sebuah coin atau token dimana pemegang terbesar mereka adalah seorang individu ianya agak risiko kerana harga boleh jatuh dengan kuat jika dia mula menjual coin tersebut.

Mungkin kes ICO scam yang paling dikenali ketika tahun 2021 adalah token #SaveTheKids.

Jika anda tidak tahu token apa ini, ianya adalah sebuah token dimana mereka menjanjikan setiap caj transaksi yang berlaku dalam token #SaveTheKids akan di dermakan pada kanak-kanak yang memerlukan.

Kedengarkan seperti idea yang bagus, tapi sebenarnya ianya hanya sekadar janji palsu. Apa yang buat kes ini terkanal bukan sebab ia satu penipuan, banyak je kes ICO scam yang berlaku setiap hari, tapi apa yang buat kes ini terkenal adalah siapa yang mempromosikan token ini.

Jika anda tidak pernah dengar FaZe Clan ianya adalah sebuah organisasi E-Sport yang dianggarkan bernilai dalam $8 Juta. Apa yang berlaku adalah terdapat beberapa ahli daripada Faze Clan ini mempromosi token #SaveTheKids di twitter, jika kita gabungkan kesemua follower akaun twitter mereka yang terlibat dalam scam ini, lebih daripada 20 juta pengikut.

Apa yang mereka buat adalah(bila saya sebut ‘mereka’ maksud saya adalah ahli FaZe clan yang terlibat bukan organisasi FaZe Clan) mereka mempromosikan token tersebut kepada penggikut mereka di twitter, kemudian bila tiba hari ICO harga token itu menaik, tapi mereka yang promot token tersebut pula menjual kesemua token mereka dan harga terus jatuh.

Macam mana kita tahu yang mereka menjual token mereka?

Inilah keindahan teknologi blockchain kita dapat lihat transaksi yang berlaku secara terbuka. Ada sebuah video di youtube yang mendedahkan skim yang dilakukan oleh ahli-ahli faZe Clan, dan ahli-ahli yang terlibat telah dikeluarkan dari organisasi Faze Clan.

pengguguman daripada Faze tentang SavetheKids Token

Ini menunjukan terdapat juga individu yang sanggup ambil kesempatan terhadap peminat dan penyokong mereka hanya disebabkan sifat tamak, mereka sanggup menipu orang yang percaya kepada mereka.

Iktibar yang kita boleh ambil adalah jangan sesekali terlalu mudah untuk mempercayai orang lain. Sebelum meletakan duit dalam sesuatu benda, kaji dulu. Dalam kes ini orang ramai sepatutnya dapat elak dari menjadi mangsa jika mereka kaji sedikit lagi mendalam berkenaan token ini. Harap kesah ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua.