SPREAD

Apa itu spread?

Perbezaan antara Bid dan Ask dipanggil sebagai spread. Ia mewakili caj perkhidmatan broker dan menggantikan yuran transaksi.

Spread kebiasaanya dilambang dalam pip – peratusan di titik, yang bermaksud tempat perpuluhan keempat dalam harga mata wang.

Bila kita beli currency kita akan menggunakan ask price.

Bila kita jual kita menggunakan bid price.

Bid = Harga short (Sell)

Ask = Harga long (buy)

Ada dua jenis spread fixed & variable/floating.

Fixed spread seperti yang dikatakan dia fixed, spread yang tetap.

Variable/Floating spread pula ia sentiasa berubah-ubah setiap masa.

Bergantung kepada broker ada broker yang pakai fixed spread ada broker pakai variable/floating spread ada juga broker offer kedua-dua nya sekali.

Bagaimana nak tahu broker itu pakai fixed atau variable spread ada dua cara, yang pertama dengan hubungi pihak broker dan tanya.

Cara kedua, boleh tengok jumlah decimal yang dipakai oleh broker tersebut. Contoh broker yang pakai 4 perpuluhan mengunakan fixed spread dan broker yang menggunakan 5 perpuluhan mengunakan variable spread.

Tetapi sekarang ini sudah banyak broker yang menawarkan kedua-dua fixed dan variable spread.