STOCHASTIC OSCILLATOR

Stochastic oscillator atau stoch adalah indicator momentum, dicipta oleh George Lane pada tahun 1950.

Sama seperti indicator RSI, indicator stochastic akan berada di bawah chart dan indicator ini menunjukkan bila market menjadi overbought dan oversold.

Nombor kiraan stochastic bermula dari 0 hingga 100.

Bacaan di atas 80 bermaksud market menjadi overbought dan bacaan bawah 20 bermaksud market menjadi oversold.

Line hijau itu dipanggil sebagai “K line”.

Line merah dipanggil sebagai “D line”.

Cara Guna Stochastic Oscillator

1) Guna stochastic sebagai overbought dan oversold dalam range market.

Dalam sideways market kita akan buka position sell apabila harga menjadi overbought dan membuka position buy apabila harga menjadi oversold.

Signal overbought berlaku bila K line bersilang dengan D line dari atas ke bawah di dalam kawasan overbought, lebih dari level 80.

Signal oversold berlaku bila K line bersilang dengan D line dari bawah ke atas di dalam kawasan oversold, bawah level 20.

2) Menggunakan stochastic dalam trending market.

Apabila market berada dalam uptrend kita mahu tunggu sehingga market membuat retracement atau pullback.

Kita hanya perlu tunggu sehingga stochastic memberi tahu yang market sudah menjadi overbought untuk downtrend dan oversold untuk uptrend.

Mari lihat contoh di chart pulak, kita bermula dengan uptrend market.

Di market uptrend bila signal bullish crossover berlaku di level oversold, kita mahu buka buy order.

Dalam downtrend market kita mahu tunggu sehingga signal bearish crossover berlaku di atas level overbought.

Ingat jangan sesekali melawan arah trend, rasanya dah berapa kali saya pesan jadi ingat itu.

Apabila market berada dalam uptrend kita hanya mahu signal oversold dan bila market downtrend kita hanya mahu signal overbought.