STOP ORDER

Stop order digunakan apabila anda jangkakan yang market akan bergerak lebih jauh sekiranya ia sampai level tersebut.

Contoh, sekiranya anda trade pair USD/CAD, kadar harga semasa untuk pair tersebut adalah 1.23000.

Berdasarkan analysis anda, anda percaya yang apabila market sampai 1.23100 market akan terus bergerak naik lagi, jadi anda boleh set buy stop di 1.23100 dan position trade anda akan dibuka bila market sampai ke level buy stop anda.

Atau jika anda trade USD/CAD, kadar harga semasa adalah 1.23000.

Berdasarkan analysis, anda yakin bila market sampai ke 1.22900 market akan terus bergerak menurun lagi, jadi anda boleh set sell stop di harga itu, dan order anda akan dibuka bila market sampai ke level sell stop anda.

Stop order biasanya digunakan di area support and resistance.

Sekiranya anda mahu masuk posisi buy apabila harga sudah break resistance anda akan set stop buy order di atas resistance level.

Kalau anda macam keliru jangan risau bila anda sudah masuk bab support & resistance saya akan terang dengan lebih detail.