SUPPORT & RESISTANCE BREAKOUT 

Market tidak akan sentiasa menghormati level SnR dari masa ke semasa anda akan nampak market tembus level support dan resistance, bila situasi ini berlaku ianya dipanggil sebagai “Breakout”.

Apabila breakout ini berlaku line support dan resistance itu akan bertukar.

Maksud bertukar tu apabila market break level support, support itu akan bertukar menjadi resistance.

Sama juga untuk resistance apabila breakout berlaku level resistance tersebut akan bertukar menjadi support.

Dalam contoh ini arrow biru tunjuk dimana kita mula tanda area resistance, arrow merah tunjuk yang level itu bertahan sebagai resistance

Tetapi kemudian berlakunya breakout dan bila price kembali ke level resistance itu semula ia berubah menjadi support(Arrow Hijau).

False Breakout

Market biasanya akan kembali ke level SnR untuk retest level itu.

Hanya dua benda sahaja boleh berlaku apabila market kembali test ke level SnR, sama ada harga dapat bertahan di level SnR itu atau akan berlaku break out.

Sering kali anda akan nampak yang price tembus di kawasan SnR tapi price hanya testing level support atau resistance tersebut.

Kalau kita lihat dengan menggunakan candlestick chart, price retest biasanya akan tinggal sebagai shadow.

Gambar di atas itu menunjukkan yang price berada berdekatan dengan resistance.

Kemudian harga bergerak keluar melebihi dari level resistance ketika ini kebanyakkan trader akan fikir yang brakout telah berlaku, tapi kemudian harga turun semula meninggalkan shadow dan close di bawah level resistance itu semula.

Jadi untuk breakout berlaku kita perlu tunggu sehingga candlestick untuk close melebihi area support dan resistance.