SUPPORT & RESISTANCE

Support dan Resistance atau SnR untuk pendek, adalah salah satu kaedah analisa teknikal yang asas dan wajib diketahui sebagai trader.

Aras SnR ini berlaku apabila harga membuat perubahan arah pada aras tertentu, perubahan arah ini dipanggil sebagai swing pasaran dan di aras inilah dimana level Support atau resistance terjadi.

Jadi macam mana nak kenali di mana sebenarnya aras SnR dan adakah paras support dan resistance itu akan sentiasa kekal bertahan?

Kita akan lihatnya dengan lebih lanjut di bawah.


Pengambilan Utama

  • Level support adalah kawasan dimana trader jangka harga akan menaik, manakala resistance adalah aras dimana trader jangka harga akan mula menurun.
  • Aras SnR boleh ditanda dari shadow dan body candlestick.
  • Untuk pengesahan berlakunya breakout, kita perlu tunggu sehingga sesi trading itu tamat, dalam erti kata lain tunggu sampai tutupnya candlestick melebihi paras support atau resistance.
  • Jika berlakunya breakout level itu akan berubah, contoh, jika harga berjaya break dari kawasan support maka level support itu akan berubah menjadi resistance. Sama juga jika harga telah bergerak melebihi aras resistance, maka level itu akan berubah menjadi support.
  • Lebih tinggi time frame level support atau resistance itu berlaku, makin penting dan kuat level tersebut.

Apa Itu Support dan Resistance

Anda boleh anggap level SnR ini sebagai lantai dan sliling.

Apa Itu SnR

Lantai(support) adalah dimana market kemunkinan akan melompat kerana pembeli(buyer) lebih banyak dari seller.

Siling(resistance) adalah dimana kemunkinan market akan mula turun kerana bilanggan penjual(seller) lagi ramai berbanding pembeli.

Kenapa Harga Bertahan Pada Aras SnR?

Disebabkan ramai trader melihat aras yang sama ianya dijangkakan bahawa pasaran akan beri riaksi apabila harga kembali semula ke paras aras tersebut.

Lagi ramai trader melihat benda yang sama, lagi tinggi kemungkinan harga akan bertindak balas pada kawasan tersebut, dengan cara inilah terhasilnya konsep support dan resistance.

Ciri-ciri Support dan Resistance

Jadi macam manakah kita boleh kenal pasti di mana aras support atau resistance ini?

Terdapat 2 ciri-ciri untuk aras itu menjadi aras SnR:

Dua Jenis Kriteria SnR
Ciri-ciri Aras SnR
  1. Price Bounce: Apabila harga ada bounce atau melantun di satu paras dan berubah arah.
  2. Price Hold: Kawasan dimana harga telah bertahan di aras itu untuk jangka masa yang lama.

Contoh Price Bounce

Price Bounce Support Level

Bulat oren yang saya tandakan itu menunjukkan dimana mulanya pasaran membuat lantunan atau berubah arah, dan bulat biru pula menunjuk apa yang berlaku setiap kali harga kembali ke aras itu.

Setiap kali harga kembali ke aras itu, level itu bertahan sebagai kawasan support.

Contoh Price Hold

Price Hold Di Resistance

Bulat oren itu menunjukan aras dimana harga telah bertahan agak lama sebelum pasaran mula buat pergerakan penurunan.

Kemudian setiap kali harga kembali pada aras itu ia bertahan sebagai resistance.

Time frame mana boleh guna SnR

Level SnR terdapat pada semua time frame sama ada 1 minit, 5 minit, 1 hour, daily, dan seterusnya.

Apa yang anda perlu ingat adalah lagi tinggi time frame yang digunakan, lagi penting paras support atau resistance tersebut.

Contoh level SnR di time frame 1 hour tidak penting pada time frame daily, tetapi level SnR di time frame daily penting untuk time frame 1 hour.

Cara marking level support dan resistance

Di manakah sepatutnya anda letak garis support dan juga resistance anda?

Ramai trader selalu tertanya soalan ini “di mana sepatutnya saya letak garis SnR, di body atau shadow candle?”.

Jawapan kepada soalan ini adalah ianya terpulang, sebab sesetengah trader suka letak line SnR mereka di body candlestick, ada juga yang suka letak di tail ataupun shadow candlestick, dan ada juga yang letak di kedua-dua nya sekali.

Garis SnR Pada Body Candlestick

Tanda Aras Support dan Resistance Di Body Candlestick

Anak panah biru tunjuk berlakunya “price bounce” dan di situ juga kita mula tanda garis aras SnR pada body candle tersebut, dan bulat oren tunjuk bahawa harga telah menghormati level itu sebagai support.

Garis SnR Pada Shadow Candle

Tanda Aras SnR di Shadow Candlestick

Arrow biru tunjuk dimana kita mula tanda garis SnR pada shadow candlestick tersebut, dan bulat oren menunjukkan bahawa harga pasaran bertahan pada aras resistance tersebut.

Tanda Garis SnR Pada Body dan Shadow Candle

Tanda Aras SnR Pada Body dan Shadow Candlestick

Jadi bagaimana jika kita tanda garis kita pada kedua-dua aras tersebut, di shadow dan body candle?

Arrow biru tunjuk dimana kita tanda line SnR tersebut, dan bulat oren tunjuk yang harga berjaya bertahan pada aras itu.

Jadi yang mana yang lebih bagus?

Kalau pendapat saya, letak line SnR pada body dan juga shadow adalah cara yang lebih bagus kerana level support dan resistance bukanlah terdiri hanya dengan satu garisan atau paras harga tertentu, ianya dalam lingkungan kawasan tersebut.

Ini sebab rupa bentuk chart dan paras harga setiap trader adalah berbeza bergantung kepada broker yang mereka guna.

Jadi pendapat saya letak garis paras SnR kita di body dan shadow candlestick adalah cara paling bagus.

Support dan Resistance Breakout

Harga tidak akan sentiasa menghormati level SnR, dari masa ke semasa anda akan nampak pasaran akan tembus aras SnR, bila situasi ini berlaku ia dipanggil sebagai “SnR Breakout” atau “breakout” saja.

Setiap level support ataupun resistance pasti akan alami breakout, tiada aras yang akan kekal selamanya.

Support dan Resistance Breakout
SnR Breakout

Bila berlakunya breakout, aras support atau resistance itu akan berubah, maksud berubah itu adalah apabila pasaran telah pecah level resistance, level resistance itu akan bertukar menjadi level support dan begitu juga disebaliknya.

Resistance Breakout Jadi Support

Dalam contoh ini, arrow biru tunjuk dimana kita mula tanda area resistance, kemudian arrow merah tunjuk level itu bertahan sebagai resistance bila harga sampai ke paras itu semula.

Tetapi kemudian berlakunya breakout dan apabila harga kembali ke paras resistance itu semula ia telah berubah menjadi support(Arrow Hijau).

False Breakout

Harga biasanya akan kembali pada aras SnR selepas berlakunya breakout, dan situasi ini dipanggil sebagai “retest” dalam trading.

Terdapat dua perkara sahaja yang boleh berlaku bila harga sampai ke aras SnR:

  1. Sama ada harga dapat bertahan di level tersebut.
  2. Level itu gagal untuk bertahan dan berlakunya breakout.

Sering kali anda akan nampak harga sedang tembus kawasan SnR tetapi harga hanya ingin “mencuba” level support atau resistance tersebut.

Kalau anda lihat carta menggunakan format candlestick, candle yang sedang membuat retest itu biasanya akan tinggalkan shadow.

Contoh False Breakout
Situasi False Breakout

Gambaran di atas menunjukkan contoh situasi dimana harga telah sampai pada aras resistance.

Kemudian paras harga telah bergerak keluar melebihi dari aras resistance itu, ketika waktu seperti ini kebanyakan trader menjangkakan brakout telah berlaku, tapi kemudian harga turun semula meninggalkan shadow candle dan tutup di bawah aras resistance itu semula.

Contoh Breakout

Untuk berlakunya breakout, kita perlu tunggu untuk candle tutup melebihi aras level SnR tersebut.

SnR Dengan Candlestick Pattern

Level SnR tidak boleh digunakan begitu saja kerana bila harga telah sampai pada aras support atau pun resistance itu tidak bermakna level itu akan bertahan, boleh berlakunya breakout.

Jadi untuk tahu jika level SnR itu bertahan ataupun tidak adalah dengan melihat jika berlakunya candlestick pattern pada aras support atau resistance.

Candlestick Pattern Berlaku di Resistance

Dalam contoh di atas, pasaran sudah memecah kawasan support dan aras tersebut berubah menjadi sebagai kawasan resistance, kemudian bila harga kembali ke aras tersebut ada berlakunya candlestick pattern shooting star bukan sekali tetapi dua kali dan pattern yang berlaku itu menunjukkan sebagai signal bearish atau sell.

Candlestick Pattern Di Support

Rajah di atas tunjuk berlakunya candlestick pattern three inside up pada kawasan support dan ianya adalah penunjuk bahawa level support itu mungkin akan bertahan dan ianya potensi beli yang bagus.

Jika candlestick pattern berlaku pada level SnR ia tidak sentiasa bermakna pasaran akan berubah arah, kadang kadang anda akan terjumpa situasi dimana berlakunya candlestick pattern di kawasan SnR tetapi harga tetap bergerak bertentangan dari arah jangkaan.

Strategy ini tidak sempurna, tetapi dengan gabungkan support dan resistance bersama dengan candlestick pattern kita dapat kurangkan false signal daripada hanya trade berdasarkan candlestick pattern sahaja atau hanya trade guna aras SnR.

Kesimpulan

Support dan resistance adalah salah satu kaedah teknikal analisa yang paling ramai trader gunakan sama ada profesional mahupun trader baharu.

SnR ini lebih berkesan jika digabungkan dengan candlestick pattern serta teknik analisa yang lain. Jika digunakan SnR begitu saja kita akan mendapat banyak false signal disebabkan berlakunya fake breakout.