TAMAT

 


Taniah!!!

Anda sudah berjaya tamatkan course latihan Forex Simple Course, jadi apa sekarang ini?

Anda boleh berlatih apa yang sudah anda berlajar dengan menggunakan demo akaun di broker pilihan anda, pada masa yang sama anda boleh lihat course kami yang lain kalau anda berminat.

Di dalam forex ianya bukan tentang berapa besar or banyak modal yang anda ada tetapi ianya tentang berapa banyak ilmu yang anda ada, kerana forex ini tiada pengakhiran tentang ilmu, jadi teruskan belajar dan meneroka.

Anda boleh juga lepak di forum wira trader sekiranya anda ada soalan atau memerlukan bantuan berkaitan trading.

Saya akan ringkaskan perkara yang anda perlu ingat, boleh tulis di kertas dan lekatkan di cermin supaya setiap hari anda akan ingat point-point penting ini atau pun boleh letakkan di sebelah komputer anda jadi setiap kali anda lihat chart anda akan ingat tentangnya.

[adrotate group=”2″]

1) Trend Adalah Kawan Anda

Di dalam trading trend adalah kawan kita, jangan sesekali trade berlawanan dengan arah trend market.

2) Tiada Golden Setting Untuk Indicator

Di dalam indicator tiada benda seperti golden setting yang sentiasa akan bagi anda win trade akan ada masa dimana system trading anda tidak akan berfungsi.

Ingat indicator hanyalah tool untuk analysis kita bukannya bola kristal dan satu indicator tidak dapat memberikan clue tentang keseluruhan market, kita perlu gabungkan dengan indicator yang lain.

3) Limitkan Risk

Kalau ada trade setup yang memberi risk ratio kurang dari 1:1 jangan trade setup tersebut dan cari setup lain.

Guna leverage yang rendah dan membuka saiz lot yang sesuai dengan jumlah capital akaun anda.

Jangan sesekali lupa untuk menggunakan stop loss untuk limitkan loss kita, loss trade itu pasti akan ada persoalannya berapa banyak kita dapat limitkan lost tersebut.

Pada masa yang sama jangan lupa untuk melakukan trade management seperti set break even dan scaling out untuk menggurangkan risk kita.

[adrotate group=”4″]

4) Emosi

Anda perlu kawal emosi anda ketika trading, kebanyakkan trader gagal di dalam bidang trading adalah kerana mereka gagal untuk menggawal emosi mereka.

Anda juga perlu mempunyai mindset seorang trader yang berjaya dengan memikirkan target jangka panjang daripada pendek.

Lihat course kami tentang Trader Psikologi dan Mindset.

5) Berlatih

Yang paling penting adalah anda terus berlatih dan terus mencari ilmu, forex trading ini tidak mudah ianya akan ambil masa untuk anda menjadi seorang trader yang berjaya.

Saya sarankan anda mencari rakan trading supaya dapat berkongsi ilmu dan penggalaman pada masa yang sama dapat memberikan doronggan kepada anda.