TEKNIKAL ANALISA

Teknikal analisa adalah sebuah kaedah yang digunakan oleh trader untuk meramal dan menggenal pasti kemungkinan arah pasaran akan bergerak.

Analisa teknikal melibatkan kajian berdasarkan pergerakan harga dan corak pada masa lampau untuk mengenal pasti pergerakan harga akan datang.

Pernah tak anda mendengar pepatah “sejarah sentiasa berulang“, sama juga di dalam pasaran kewangan apa yang berlaku sebelum ini boleh berlaku semula, dengan konsep inilah wujudnya teori teknikal analisa.


Pengambilan Utama

  • Teknikal analisa ada sebuah kaedah yang digunakan oleh trader untuk meramal arah pergerakan pasaran.
  • Terdapat pelbagai jenis teknik dan cara untuk membuat teknikal analisa.
  • Kedua-dua teknikal dan fundamental memainkan peranan penting buat trader amalkan.
  • Pasaran tidak akan sentiasa bergerak ke arah analisa kita, ia boleh bergerak bertentangan dari semasa ke semasa.

Kaedah Teknikal Analisa

Terdapat pelbagai gaya dan kaedah untuk trader membuat teknikal analisa, seperti chart pattern, price action, teknikal indicator, Elliott Wave, dan banyak lagi.

Setiap gaya analisa tersebut mempunyai kelebihan serta kekurangannya tersendiri.

Adakah anda perlu mahir kesemuanya?

Tidak anda tidak perlu belajar kesemua kaedah teknikal analisa yang wujud kerana ia boleh ambil masa yang lama dan akan sentiasa terdapat kaedah baharu yang akan muncul.

Apa yang anda patut buat adalah dengan mencuba beberapa kaedah untuk lihat jika cara analisa itu sesuai dengan diri anda, kerana setiap trader mempunyai gaya mereka tersendiri. Ada trader jenis rileks, ada trader jenis mahu masuk dan keluar dari posisi trade dengan pantas.

Jadi ia bergantung kepada cara yang sesuai dengan diri anda.

Jika anda tidak pasti apakah gaya trading anda, anda boleh cuba menjawab soalan quiz ini, ia akan membantu anda untuk mengenal pasti kemungkinan gaya trading apa yang terbaik untuk anda berdasarkan jawapan yang dipilih.

0%

Pernyataan manakah yang paling sesuai untuk anda ketika bertanding?

Pada masa lapang, apa yang paling anda gemari?

Sekiranya anda diberi RM1000, yang manakah antara berikut yang akan anda lakukan dengan duit tersebut?

Pasukan sukan kegemaran anda jauh ketinggalan pada separuh masa permainan, apa yang harus dilakukan oleh jurulatih?

Di tempat kerja, jika anda menyelesaikan satu projek lebih awal dari tarikh akhir yang dijadualkan, apa yang akan anda lakukan dengan masa lapang tambahan tersebut?

Dalam suasana majlis, perihalan berikut yang manakah paling sesuai dengan anda?

Mana diantara kerjaya tempat kerja berikut yang paling anda suka?

Bagaimana anda biasanya trade ketika acara seperti nonfarm payrolls (NFP)?

Quiz anda trader jenis apa
Taniah anda adalah seorang Scalping Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:
Taniah anda adalah seorang Intraday/Swing Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:
Taniah anda adalah seorang Position Trader

Untuk ketahui lebih lanjut sila baca di bawah:

Share your Results:

Setelah anda tahu gaya trading apa yang sesuai, anda boleh bina trading strategi berdasarkan jawapan yang anda terima pada kuiz tersebut.

Mana Lagi Penting Teknikal Analisa atau Fundamental?

Masih terdapat lagi perbalahan diantara trader tentang mana lebih penting analisa teknikal atau fundamental.

Perbalahan ni sudah berlangsung sekian lama, trader teknikal mengatakan fundamental ini tidak penting seperti teknikal analisa, manakala fundamental trader mengatakan sebaliknya.

Bagi saya kedua-duanya penting dan main peranan besar untuk menjadi trader yang berjaya. Apa yang trader patut buat adalah menggunakan teknikal analisa sebagai kaedah untuk tahu dimana serta bila patut mereka memasuki pasaran dan gunakan analisa fundamental sebagai pengesahan kepada analisa mereka.

Kaedah ini amat penting lagi-lagi buat mereka yang jenis gaya trading akan memegang posisi trade mereka untuk jangka masa lama(swing trader), kerana apabila trader dapat jangkakan tentang pengukuhan atau kelemahan sesebuah ekonomi mereka boleh kekal dalam kedudukan trade tersebut untuk jangka masa yang panjang.

Kesimpulan

Satu perkara kita perlu ingat adalah pasaran tidak sentiasa akan bergerak mengikut jangkaan kita contoh selepas kita sudah membuat analisa dan menjangkakan GBP/JPY akan berlaku kenaikan itu tidak bermakna harga akan bergerak menaik kerana pandangan seorang trader boleh berbeza dengan pandangan trader yang lain.

Jadi kalau anda jangkakan arah harga akan bergerak naik atau turun itu tidak bermakna ianya akan bergerak ke arah tersebut. Sebab itu ianya penting untuk trader amalkan penjagaan risiko yang bagus bagi mengelak kerugian besar.

Kedua-dua kaedah analisa teknikal dan fundamental amat penting buat trader, jika digabungkan dan digunakan dengan betul untuk membina sebuah trading S.O.P, ia boleh membuahkan hasil.