TRADER PSYCHOLOGY & MIND-SET

Trading bukanlah hanya sekadar mempunyai modal yang besar atau strategy yang bagus, untuk berjaya di dalam bidang ini dalam jangka masa lama anda perlu melatih mind-set dan psychology anda juga.

Kebanyakkan trader gagal bukan kerana mempunyai modal yang kecil ataupun strategy yang kurang bagus, tetapi ianya kerana mereka gagal untuk menggawal emosi mereka ketika trading.

Kebanyakan trader baru memang dapat beraksi dengan bagus ketika berlatih dengan menggunakan demo akaun tetapi bila mereka mula trade dengan akaun yang sebenar otak mereka akan berubah dan perasaan tekanan terhadap market itu akan datang.

Saya akan senaraikan 6 masalah psikologi yang biasa dialami kebanyakan trader serta pada masa yang sama saya akan bagi tips atau cara untuk anda atasi masalah ini.

1) Tamak

Masalah ini munkin dialami kebanyakan trader baru, saya sendiri pada awal mula-mula trading dulu ada masalah dengan sifat tamak juga, saya sentiasa cuba kejar setiap pip pergerakkan market.

Perasaan tamak ini dapat menjejaskan prestasi trading kita kerana kita terlalu tamak dan tidak mahu amik profit yang sudah ada dan berfikir yang market akan terus bergerak ke arah tersebut.

Bila market mula bergerak berlawanan arah perasaan menyesal itu akan datang kerana tidak amik sahaja profit yang ada.

Penyelesaian untuk masalah ini mudah saja “jangan jadi tamak”.

Market forex ini sentiasa ada peluang tidak perlu ada sifat tamak dan takut kalau terlepas peluang untuk membuat duit kerana market forex ini di buka selama 24 jam sehari 5 hari seminggu jadi peluang itu sentiasa ada hanya perlu bersabar menunggu peluang itu datang.

2) Perasaan takut

Isu rasa takut ini memang biasa untuk kalanggan trader yang baru memang sifat takut itu adalah sifat manusia.

Biasanya perasaan takut ini berlaku sebab takut dengan kerugian, pada awal kebanyakkan trader bermula dengan fikir tentang berapa banyak duit yang dia boleh buat, dan sudah berangan-angan yang dia akan beli rumah banglo RM5 juta dan kereta ferrari.

Tapi bila mereka mula trade dengan akaun yang sebenar perasaan takut itu akan datang kerana tidak mahu kehilanggan duit modal mereka.

Cara untuk atasi masalah ini munkin bermula dengan mind-set yang tahu tentang risikonya trading ini, kalau masih tidak dapat juga terima yang ada risiko untuk kehilanggan modal munkin trading ini bukan untuk anda.

Bermula dengan modal yang tidak membebankan sekiranya berlakunya kerugian. Jangan pulak sampai pergi buat pinjaman untuk modal mula trading.

Lagi satu perasaan takut adalah perasaan takut untuk entry trade, isu ini munkin disebabkan anda tidak percaya atau ragu-ragu dengan analysis dan trading strategy anda sendiri.

Untuk atasi masalah ini adalah dengan berlatih, test strategy anda, cuba bermula dengan akaun demo dan tengok prestasi analysis dan strategy anda, sekiranya prestasi analysis anda bagus kenapa anda tidak yakin dengan strategy tersebut?

3) F.O.M.O

Fear of missing out ataupun F.O.M.O bermaksud anda membuka posisi trade anda disebabkan rasa takut untuk ketinggalan peluang trade atau dalam erti kata lain membuka posisi trade tersebut disebabkan emosi dan bukannya strategic analysis.

Isu F.O.M.O ini dialami kebanyakkan trader sama ada professional ataupun beginner, mari saya tunjukkan contoh situasi

Perasaan F.O.M.O ini biasanya berlaku apabila market membuat pergerakkan yang besar dan kuat dan kita terlepas peluang trade tersebut, lihat gambar di atas, candle hijau besar yang menunjukkan bullish tetapi kita terlepas untuk membuka posisi trade di awal pergerakkan trend tersebut.

Kemudian dalam fikiran kita mula berfikir “kalau market bergerak dengan kuat macam tu mesti dia boleh naik lagi ni lagipun market buat high baru” dengan perasaan takut terlepas peluang tersebut kita mula kejar market dan buka posisi trade.Kemudian market bergerak bertentanggan dari trend tersebut dan kemudian market membuat low yang baru.

Penggajaran di sini jangan sesekali kejar market walaupun ada kemunkinan market akan bergerak lebih jauh ke arah tersebut, jangan kejar market!! ikut trading strategy anda.

Jangan takut sebab terlepas peluang, ingat market dibuka selama 24 jam sehari dan 5 hari seminggu peluang itu sentiasa ada.

Cara untuk atasi masalah F.O.M.O ni adalah dengan sedar yang anda entry disebabkan F.O.M.O

Tulis di kertas “JANGAN SESEKALI KEJAR MARKET!!!” tampal di tepi screen anda, atau jadikan wallpaper phone dan komputer anda supaya anda ingat.

Setiap kali nak buka posisi trade fikir dulu adakah anda entry sebab analysis anda ataupun disebabkan F.O.M.O

4) Ego

Ego adalah musuh no.1 trader, ego ni bukan saja dapat merosakkan prestasi trading kita tetapi dapat juga merugikan kita, contoh situasi

Selepas trader sudah membuat analysis dan sudah membuka posisi trade mereka, kemudian katakan market bergerak bertentanggan dengan analysisnya dan market bergerak hampir ke stop loss mereka.

Kemudian disebabkan ego mereka tidak mahu menggaku salah, mereka akan gerakan stop loss mereka lebih jauh ataupun buang stop loss mereka dengan fikir yang market akan bergerak ke arah analysis mereka semula.

Kemudian bila kerugian itu sudah jadi terlalu besar baru mereka tutup posisi trade tersebut sedangkan ianya sudah terlambat.

Cara atasi masalah ini adalah dengan terima sahaja loss tersebut, maju kehadapan dan cari peluang lain. 

Lebih elok terima loss yang kecil dari loss yang besar.

Jangan sesekali alihkan stop loss kita kerana fikir market akan berpusing semula.

5) Mencari “Holy Grail” trading system

Munkin ramai trader pernah lalui fasa ini, asyik tukar strategy ke strategy yang lain kerana mahu cuba cari strategy yang sempurna tanpa loss, saya tahu sebab saya sendiri pernah lalui fasa ini bila strategy itu ada loss je terus cari strategy lain.

Kalau anda sedang lalui fasa ini BERHENTI, kerena tiada benda seperti holy grail atau golden indicator yang tepat sentiasa 100% tepat.

Setiap strategy sama ada indicator atau price action tetap akan ada kelemahan dan dari masa kesemasa market tetap akan bergerak bertentanggan dari analysis kita.

Anda perlu cuba cari satu strategy yang sesuai dengan anda kemudian cuba sempurnakan strategy tersebut, banyak lakukan backtest.

6) Kekurangan ilmu pengetahuan

Kebanyakkan trader baru mahu terus mula trade dengan akaun sebenar sebab mereka mahu membuat duit dengan cepat.

Nasihat saya, cuba belajar sebanyak mana yang munkin kerana dalam forex ini tiada benda seperti “Sudah tahu semuanya” sentiasa ada benda baru untuk belajar, saya boleh berkata macam itu sebab saya sudah lama di dalam bidang ini dan sentiasa ada benda baru untuk dibelajar.

Bermula dengan akaun demo dahulu, test strategy anda dahulu tempoh saya sarankan sekurangnya 6 bulan atau setahun, selepas sudah test strategy, anda dapat result yang bagus dan dapat kembangkan akaun demo tersebut bila anda sudah yakin baru bermula dengan akaun sebenar.