TRADING PLATFORM

[6] Trading Platform

Apabila memilih broker anda perlu pastikan jenis trading platform apa yang ditawarkan oleh broker

– Adakah ianya mudah untuk digunakan?

– Jenis indicator yang support?

– Boleh bukak dan tutup trade dengan mudah?

– Adakah anda boleh melihat chart dengan mudah?

Kebanyakkan broker menawarkan metatrader sebagai platform trading mereka, tapi ada juga broker trading platform nya tersendiri atau dengan menggunakan web trading kiranya trade dari web browser seperti google chrome, mozilla atau internet explorer(masih ada ke yang guna IE?).

Saya sarankan anda pilih broker yang ada menawarkan metatrader sebagai platform trading, kerana platform ini paling banyak digunakan oleh trader dan ianya bagus untuk pemulaan.

Metatrader ada 2 jenis, metatrader 4 (MT4) dan metatrader 5 (MT5).

Walaupun kedua-duanya kelihatan sama tapi yang membezakan dua tu adalah MT4 digunakan untuk trade forex market sahaja manakala MT5 boleh digunakan untuk trade stock(saham), MT5 juga boleh digunakan untuk trade forex tetapi ramai orang lebih suka menggunakan MT4 untuk trade forex.

Bahagian seterusnya anda akan belajar tentang cara untuk menggunakan platform metatrader 4.